March 14, 2018

APA YANG DILAPORKAN - MEMENUHI TUNTUTAN TAKMILAH



BBB, 25 Jamadil Akhir 1439H. = 13 Mac 2018M. (Selasa):
Apa yang dilaporkan di dalam Buku Laporan Projek Pembinaan, ialah tahap kemajuan dari segi pembinaan yang bermula dari 10 Disember 2013 (Masuk Tapak) dan tarikh dijangka siap (asal) ialah 25 Mei 2015, iaitu dijangka pada asalnya memakan masa hanya 76 minggu dengan harga kos asal, iaitu RM10,556,800.00. Namun apa yang ditargetkan ini mengalami perubahan baik dari segi tempoh masa, maupun dari kos perbelanjaan.
Walau bagaimana dengan adanya buku laporan, kita dapat mengikuti perkembangan pembinaan.
Misalnya selepas sebulan kerja tanah dilakukan,
Masa terpakai sehingga 9 Januari 2014 ialah 31 hari daripada 532 hari, iaitu 5.8%
Peratus kerja sepatutnya 1.78%, kerja sebenar adalah 1.66, maka dalam sebulan pertama berlaku kelewatan 0.12 %, iaitu lewat satu hari mengikut CPM.
Jika dilihat pada laporan bagi bulan kedua (2) bertarikh 6 Februari 2014, sehingga 5 Februari 2014 masa terpakai 58 hari daripada 532 hari, iaitu masa yang telah digunakan sebanyak 10.9%. Jadual kerja sebenar ialah 3.76%, tetapi kerja sebenar yang telah dilakukan ialah 3.86 yang menandakan bahawa pada bulan kedua kerja yang dilakukan lebih cepat sebanyak 0.10 %.
Di dalam Buku Laporan Kerja ini juga  disertakan senarai tenaga dan pegawai-pegawai Kontrektor Tekad secara bergambar terdiri dari:
Pengarah: Tuan Haji Marzuki bin che Omar
Pengarah Eksekutif:  Abdul Aziz Hussein
Pejabat Urusan: Norpipah bt. Hj. Sajat
Site Agent: Razak Rahman
Site Supervisor:  Mohd. Ikhwan Ab. Aziz
M & E. Coordinator:   Akbar Khan
Forman:     Subhan
Disertakan bidang tanpa nama pekerja, iaitu Air Condition,  Elektrical, Cold Water and  Sanitary
Dan Fire Fighting.
Di dalam Buku Laporan ini juga diberi keterangan berkenaan:
Detail perkembangan kerja, tentang laporan cuaca, tentang sumber tenaga pekerja di site.
Terdapat ruang-ruang arahan dari consultant yang masih kosong dan belum ada arahan dari pihak consultant berkenaan.
Juga ada ruang sample bagi bahan binaan yang digunakan.
Keputusan-keputusan makmal yang telah dijalankan terhadap bahan-bahan yang digunakan. Misalnya tentang semin dan concrete dan salinan-salinan resit.
Dan pada akhir dari kandungan buku ialah ruangan bergambar tentang kegiatan pembinaan. Yang padanya ada papan tanda kontrektor dan syarikat-syarikat terlibat dan nama pihak  berkuasa yang terlibat.
Gambar bagi bulan pertama kelihatan dalam kawasan tanah berpagar zink berwarna biru boldozar sedang mengaut, menolak dan meratakan tanah, pokok-pokok makin kurang kerana telah ditolak dan diratakan tanah. Gambar-gam,bar lori-lori sedang bergerak memindahkan tanah-tanah ke  bahagian belakang yang lebih rendah. Gambar terakhir bagi bulan pertama kelihatan ruang tanah  yang diratakan keseluruhanya.
Manakala pada ruang bergambar pada buku yang kedua,iaitu awal Februari 2014, pada permukaan tanah yang telah diratakan, mulai dipancang dengan penanda-penanda kayu bagi ruang pembinaan.
Pada bahagian akhir sudah naik besi-besi konkrit bagi mendirikan dinding kukuh yang akan menjadi dinding memisahkan tanah bagi aras bawah tanah yang kedudukannya terendah dari segi level bangunan. Diakhiri dengan gambar makmal yang menguji bahan-bahan yang digunakan.
Dari segi persiapan dan laporan kerja adalah menunjukkan tahap professional yang tinggi. Dari awal semua aspek pembinaan dilakukan dengan penuh teliti dan memberi kepuasan serta memenuhi tuntutan Takmilah..
Sekian.

No comments:

Post a Comment