January 20, 2018

HARAPAN KEPADA AJK YANG DILANTIK


BBB,  02 Jamadil Awwal 1439H. = 18 Januari 2018M. (Juma`at):
Tugas utama bagi AJK yang dilantik ialah menyediakan keperluan-keperluan persediaan bagi tahap pemnbinaan fizikal masjid. Mereka yang dilantik dilihat memenuhi keperluan yang diperlukan. Misalnya Pengerusi sebagai orang politik dan terlibat dengan tadbiran masjid-masjid pada peringkat negeri dan mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan baik dari peringkat kerajaan negeri dan JAIS-MAIS diharap memudahkan urusan bagi mendapat kebenaran mendirikan masjid.
Adanya YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul Ariffin Noordin di dalam AJK mengukuhkan sokongan dan memudahkan hubungan dengan pihak jabatan-jabatan terutama pada peringkat Daerah. Sokongan Persatuan Penduduk BBB adalah penting, ianya  mencerminkan sokongan penduduk.
Adanya Tuan Haji Mohd. Ghazali Abas adalah sebagai aset penting bagi masjid. Beliau seorang yang aktif memimpin surau al-Umm dari peringkat permulaan surau itu diwujudkan. Beliaulah kemudiannya memimpin Surau al-Nur sehingga menjadi surau yang aktif dengan berbagai-bagai kegiatan. Bahkan beliau juga mula memimpan pada peringkat penggunaan awal Masjid al-Hasanah. Kewujudan beliau dalam AJK Masjid al-Umm diharap dapat menggerakkan keperluan-keperluan peringkat persediaan bagi mendirikan Masjid al-Umm dan seterusnya berperanan di dalam pembinaan dan pengimarahan.
Demikian adanya saudara Haji Hussin Yunus yang telah berpuluh tahun menjadi setiausaha surau berkenaan dan kini menjadi setiausaha Pembinaan Masjid al-Umm diharapkan kecemerlangannya menjadi setiausaha selama ini dapat diguna pengelaman sebagai setiausaha bagi Jawatankuasa Pembinaan Masjid al-Umm. Adanya Tuan Haji Mohd. Nor bin Haji Yasin sebagai bekas pegawai kanan diplomatik diharap dengan pengalamannya dapat membantu terutama dari segi menjanakan kewangan bagi Masjid al-Umm, lantaran itu beliau dilantik menjadi Bendahari. Ustaz Ahmad Hasbullah adalah bekas seorang pendidik dan turut memimpin Surau Damai. Dengan pengalamannya diharap dapat digunakan dalam membangunkan Masjid al-Umm.
Tuan Imam Supaat adalah guru yang lulus pengajian di Mesir dan pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Islam di Bangi sebelum bersara dan aktif di surau al-Umm, apabila Masjid al-Hasanah siap, beliau juga berkhidmat sebagai Imam dan guru di Masjid tersebut.
Menurut Tuan Haji Hussin Yunus, Setiausaha Surau al-Umm, Tuan Imam Supaat tidak kekal dalam ahli jawatankuasa dan tepaksa menarik diri, kerana masalah kesihatan, Tuan Haji Abdul Rahman Daud menawarkan dirinya mengambil tempat Tuan Haji Imam Supaat bin Abdul Rahman. Pengerusi Surau al-Umm yang dipilih menggantikan Tuan Haji Imam Supaat ialah Dato` Dr. Abdul Wahid Shamsuddin. Dr. Abdul Rahim Samsuddin pula adalah wakil dari Surau al-Ihsan yang dengan kepimpinannya di Surau al-Ehsan diharap dapat memberi sumbangan kepada pembinaan Masjid al-Umm. Manakala Mohd. Said Mohd Yunos seorang kontrektor adalah diharap dengan pengalaman kontrektornya dapat membantu pihak masjid di dalam bidang pembinaan. Beliau memang dilantik sebagai Setiausaha bagi Plan, Pembinaan dan Landscape.
Terdapat beberapa kalangan pemuda yang dipilih yang dengan tenaga muda mereka  diharap dapat memberi kekuatan kepada jawatankuasa. Mereka ialah seperti Fahdee bin Faisal, Mohd. Hafiz bin Suib, Mohd Nazar Othman dan Amin bin Othman sebagaimana Fahdee dilantik menjadi Setiausaha bagi bidang  Pendidikan.
Walau bagaimana ada beberapa masalah yag dihadapi. Misalnya En. Nasai yang dilantik mengetuai bahagian plan, pembinaan dan landscape tanpa hadir, tidak pernah datang bila bermesyuarat, lantaran itu bidang yang penting bagi pembinaan agak terganggu (Beliau adalah penderma bagi Masjid al-Umm). Bidang pendidikan agak berjalan lancar. Antara tenaga yang dibawa ke dalam bidang pendidikan ialah Dr. Azimi bin Hamzah seorang pensyarah dalam bidang pendidikan di UPM. Beliau membuat perancangan berkertaskerja bagi bidang pendidikan di Masjid al-Umm. Manakala bidang pemuda yang dilantik tidak hadir mesyuarat dan tidak bergerak.
Tumpuan yang lebih diberi pada peringkat permulaan ialah kepada persiapan-persiapan pada peringkat permulaan sebelum masuk kepada fasa pembinaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment