November 17, 2014

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003: Memahaminya


BBB,  23 Muharram 1435 =  16 November 2014 (Ahad):
Ucaputama, Seminat dan Forum mengenai Kanun Jenayah Syariah berlangsung tanpa peserta-peserta mendapat contoh bagaimana sebenarnya teks  atau teks-teks yang berhubung dengan Kanun Jenayah Syariah berkenaan. Pengucaputama, pembentang dan ahli-ahli forum memang arif dan faham berkenaan teks Kanun, Akta atau Enakmen Jenayah Syariah, tetapi kemungkinan sebahagian besar tidak pernah melihat teks, apalagi kandungannya. Mereka barangkali berimaginasi sahaja berhubung dengan teks dan kandungan.


Pada dasarnya setiap negeri mempunyai Kanun Jenayah Syariah masing-masing sebagai tatacara dan panduan bagi Hakim atau Hakim-Hakim  di dalam menjalankan aturan dan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah berkenaan. Ianya juga menjadi panduan dan rujukan bagi peguam-peguam dalam guaman mereka di dalam kes-kes yang berhubung dengan Jenayah Syariah.
Sebagai contoh kita ambil ``Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2013. Enakmen ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor di dalam sidangnya yang berlangsung pada 28 April 2003 dan telah diwarta dengan kuasa Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Julai 2003 berkenaan.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 setebal  225 halaman dengan dua bahagian:
a)      Bahagian awal dari hlm.  1 – 121  adalah teks dalam bahasa Melayu
b)      Bahagian kedua dari hlm. 1 – 104 adalah teks di dalam bahasa Inggeris (Terjemahan dari teks awal).
Pembicaraan di bawah adalah didasarkan kepada teks di dalam bahasa Melayu..Teks adalah mengandungi 8 bahagian dengan tiap bahagian ada bab-bab (tidak semua ada bab) dengan keseluruhan  sebanyak 231 pecahan. Bahagian dan bab-bab  ialah:
Bahagian  1   - Permulaan    hlm.  15 -18
Tiada bab, tetapi mengenai  Tajuk ringkas, Tafsiran  dan perbicaraan kesalahan oleh Mahkamah.
Bahagian  II  -  Peruntukan Am Tentang Mahkamah Jenayah, hlm. 18 - 19
Tiada bab – Mahkamah, Mahkamah hendaklah terbuka, Orang ramai tidak boleh hadir dalam hal tertentu dan Bidang Kuasa Jenayah Hakim
Bahagian  !!! -  Peruntukan Am Yang Lain, hlm. 19 - 35
Bab !  -  Darihal maklumat Kepada Hakim Dan Pegawai Penguatkuasa   Agama
Bab  2 -  Darihal, Menangkap, Melarikan diri Dan Menangkap  semula
Bab  3 -  Dari hal Proses Untuk Memaksa Kehadiran
Bab  4 -  Dari hal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen Dan Harta Alih Yang Lain Dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan Salah
Bahagian  !V -  Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat hlm. 36- 42.   (Tiada Bab)
Bahagian  V -  Prosiding Dalam Pendakwaan  hlm. 43 – 76.
Bab 1 -  Darihal bidang Kuasa Mahkamah Dalam Perbicaraan
Bab 2 -  Darihal Aduan Kepada Hakim
Bab 3 -  Darihal Pertuduhan
Bab 4 - Darihal Perbicaraan
Bab  5 -  Peruntukan Am Tentang Perbicaraan
Bab 6 - Darihal Cara Mengambil Dan Merekodkan Keterangan Dalam Perbicaraan
Bab 7 - Darihal Penghakiman
Bab 8 -  Darihal hukuman Dan Perlaksanaannya
Bab 9 -  Kuasa Untuk Menggantung Atau Meremitkan Hukuman
Bab 10 -  Darihal Pembebasan Atau Sabitan Terdahulu
Bahagian VI -  Darihal Rayuan Dan Penyemakan hlm. 76 – 94.
Bab 1 -  Darihal Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi Syariah
Bab 2 -  Darihal Rayuan Kepada Mahkamah Rayuan Syariah
Bab 3 -  Darihal Penyemakan
Bab 4 - Prosiding Dalam Kes Kesalahan Tertentu Yang menyentuh Pentadbiran Keadilan
Bahagian VII  -
Peruntukan Tambahan   hlm. 94 – 109
Bab 1 -  Orang Tak Sempurna Akal
Bab 2 - Darihal Pendakwaan
Bab 3 -  Darihal Jaminan
Bab  4 - Peruntukan Khas Yang Berhubungan Dengan Keterangan
Bab 5 -  Peruntukan Tentang Bon
Bab 6 - Darihal Pelupusan Barang Kes Dan Harta Yang Menjadi Perkara Kesalahan
Bab 7 -  Darihal Pemindahan Kes Jenayah
Bab 8 -  Darihal Ketakteraturan  Prosiding
Bahagian VIII -  Am       hlm. 109 – 121.
Sebagaimana dikatakan bahawa Kanun  Jenayah Syariah adalah aturan dan hukuman bagi jenayah berkenaan yang dirujuk, diingat, diistinbat oleh Hakim di dalam membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah guaman. Hukuman mengikut peruntukan.  Sebagai contoh bidang fiqh seorang ulama fiqh (Faqih) boleh merujuk hukum-hukum fiqh misalnya hukum bersuci dan pecahan, rukun sembahyang dengan melihat atau mendengar akan perlakuan atau bacaan seseorang dia dapat menghukum betul atau salah. Demikian Hakim dengan kearifannya dengan peruntukan di dalam kanun atau undang-undang dia dapat menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu kes.
Demikian Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 adalah Tatacara bagi panduan perbicaraan.
Sebagai contoh dipetik peruntukan: Di bawaha Bahagian VI, Bab 1:
Tatacara rayuan
138 (1) Tertakluk kepada seksyen 136 dan 137, mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan mana-mana penghakiman, hukuman atau perintah yang diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu kes atau perkara jenayah yang kepadanya  dia ialah suatu pihak, boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau atas alasan bahawa mana-mana hukuman dikatakan keras, berlebih-lebihan atau dikatakan tak memadai, dengan mengemukakan, dalam masa empat belas hari dari masa penghakiman, hukuman atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat, kepada Penolong Pendaftar Mahklamah Rendah Syariah itu suatu notis rayuan dalam lima salinan yang  dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
Satu lagi contoh  Darihal Penyemakan di bawah Bahagian V1, Bab 3.
Kuasa Untuk Menyemak
168 (1) Jika mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas menyampaikan  keputusannya berpendapat bahawa keputusannya itu silap, dia boleh merujukkan keputusannya kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk disemak; dan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh dalam keadaan yang seumpama itu berbuat sedemikian, kepada mahkamah Rayuan Syariah.
Diharap dari huraian ini, kita sebagai orang awam dapat sama memahami sedikit sebanyak berhubung dengan kanun Jenayah dan perjalanan Mahkamah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment