December 6, 2012

Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011

Shah Alam, 19 Muharram 1434 = 03 Disember 2012 (Isnin):


Penyampaian Anugerah di atas diperkenan dan disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Negeri Selangor pada peringkat puncak dan sebelumnya sebahagian disampaikan oleh YAB. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor. Majlis berlangsung bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam bermula jam 8.00 malam. Hadir ke Majlis ialah YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, YB Dato` Hj. Mohammad Khusrin bin Hj. Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga selaku Timbalan Pengerusi 1 Majlis Sukan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato` Tarmedi bin Hj. Omar Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) yang juga sebagai Timbalan Pengerusi II Majlis Sukan Negeri Selangor. Hadir sama Dato` Seri Zulkefles Embong Pengarah Sukan Negara, AJK, Pegawai-Pegawai dan atlet-atlet yang diraikan.



Y.A.B. Dato` Menteri Besar dalam Perutusannya dalam Buku Cenderamata merakamkan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dan mengucap syabas kepada semua atlet yang dicalonkan dalam kategori masing-masing bagi Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011. Menurut YAB. Dato` Menteri Besar, ``Saya berpendapat bagi membentuk seorang juara, disiplin komitmen, semangat juang dan kemahiran adalah ciri-ciri yang perlu ditanam dalam diri seseorang atlet. Kerajaan negeri Selangor sedia menyokong dan memastikan kemudahan yang terbaik dapat disediakan kepada atlet agar mereka berpeluang menjalani latihan yang sistematik dan berterusan.``



Dalam ucapannya YB. Dr. Ahmad Yunus berharap Majlis Anugerah pada malam ini, menjadi sebagai pemangkin dan inspirasi bagi para atlet negeri Selangor mempertingkatkan mutu sukan di dalam bidang masing-masing. Kata Dr. Ahmad,``Motto Sukan Negeri Selangor ialah Sukan Untuk Semua``. Tambahnya, ``Kita galakkan bersukan sejak dari Sekolah rendah, menengah, kampong, pekan, dan daerah.`` tambahnya, `` Melalui kegiatan sukan ini bukan saja dapat mengekalkan kesihatan, tetapi dapat mencungkil bakat-bakat yang ada untuk ditonjolkan pada peringkat negeri dan Negara. Beliau menyebutkan juga, ``Sukan sebagai industri yang menjana peluang ekonomi bagi mereka yang terlibat dalam perusahaan tersebut di samping memberi sumbangan bagi mengangkatkan martabat sukan Negeri Selangor.

Berpuluh kategori anugerah disampaikan. Antara Anugerah yang diperkenan menyampaikan oleh DYMM Tuanku Sultan ialah Anugerah Sukan Negeri Selangor yang berjaya dalam Sukan Paralimpik di London 2011 ialah:

Saudara Hasilin Sanaru yang menggondol Pingat Perak - Pemanah
Saudara Mohd Ziyad Zulkifli menggondol Pingat Gangsa - Melontar Peluru



Antara penerima-penerima Anugerah ialah:
Olahragawati Harapan - Parnival
Olahragawan Harapan - Logalise
Olahragawati = Zandra Azila
Olahragawan = Lorisha



Antara Pegawai Berjasa ialah:
Tan Sri Abdul Ghani Minhat
En. Mohd Arifin bin Saleh
En. Yong Peng Yaw
En. Ghazali bin Haji Othman.

Persatuan Terbaik:
Persatuan Renang Amatur Selangor
Persatuan Wanita Pingpong.

Jurulatih Terbaik:
Lelaki : En. Mohd Zain
Perempuan: Puan Raswari Karu

Sekian.

No comments:

Post a Comment