October 18, 2012

Melawat Rumah Terbakar Di Fasa 7, Taman Bukit Mewah, Kajang

Taman Bukit Mewah, Kajang, 27 Zulkaedah 1433 = 13 Oktober 2012 (Sabtu):

Unit H2/31 Pangsapuri Seroja, Fasa 7, Taman Bukit Mewah, Kajang mengalami kebakaran pada malam 04 Oktober 2012 (Khamis). Berita kebakaran dimaklumkan kepada Adun. Sehari berikutnya, kami bercadang untuk turun menziarah, tetapi menurut Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan, bahawa pemilik unit kediaman yang terbakar pulang ke Kelantan. Pada hari Ahad 7 Oktober, ketika menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan AJK Persatuan Penduduk, Fasa 7 Bukit Mewah di Surau As-Salam di sini, Adun dipetemukan dengan En. RAMU A/L KUPPAN pemilik unit rumah yang terbakar. Adun dimaklumkan beliau baru pulang dari Kelantan. Adun memaklumkan Lajnah Kebajikan berhasrat untuk turun ziarah semalam (kelmarin), tetapi dibatalkan kerana kita mendapat maklumat En, Ramu tiada dirumah, pulang ke Kelantan. Kami berjanji akan turun melihat.

 

Pagi ini Adun Bangi bersama AJK Kebajikan dan YB Teo Nie Ching turun bersama menziarah rumah En. Ramu yang terbakar. Kami ditunggu oleh En. Ramu dan keluarga. Turut datang saudara Abu Bakar dan beberapa yang lain. Kami naik ke tingkat Tiga Blok H dan dapati kesemua bilik milik En. Ramu terbakar dan dapat disifatkan serius. Semua barang-barang milik En. Ramu dan isterinya Puan Maheswari A/P Ramachandran dan tiga anaknya rosak dan terbakar. Kes kebakaran telah dibuat report kepada pihak Polis dan Bomba pada 4 Oktober pada hari terjadinya kebakaran.



Dari senarai yang dibuat oleh pihak Pemilik Unit Rumah dengan bantuan Penilai (En. P-Subranium Pengerusi Hindu Sanggam Cawangan Kajang) bahawa kerugian adalah berjumlah RM66,870.00. Dari perkiraan kami berdasarkan kepada tarikh pembelian Unit Rumah berkenaan pada tahun 2010 dengan pinjaman selama 15 tahun, kami dapati bahawa rumah berkenaan masih di dalam pembayaran ansuran. Setiap pinjaman perumahan dari mana-mana bank, mestilah dilindungi ansuran. Sebab itu kami nasihatkan En. Ramu merujuk perkara ini dengan pihak Bank, Pemaju dan Peguam dengan disertakan dokumen-dokumen bagi menguruskan tuntutan insuran.
Sebagai melahirkan simpati di atas kunjungan kami, YB Teoh dan Adun menyampaikan sedikit bantuan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment