October 3, 2012

Futsal 25 Tahun Harakah – Pasukan dari Pejabat ADUN Bangi meraih tempat ke-4

23 September - Pasukan DACS Bangi A yang mewakili Pejabat ADUN Bangi telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam Kejohanan Futsal sempena Sambutan 25 Tahun Harakah. Kejohanan yang diadakan di Ferro Futsal Centre, Subang Jaya telah dirasmikan oleh YB Dato’ Abdul Fatah Mahmood, Exco Kerajaan Kelantan sementara Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Kerajaan Selangor.

Sebanyak 96 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Harakah, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan. Dengan kejayaan tersebut, pasukan DACS Bangi yang diwakili 8 orang pemuda telah membawa balik Wang Tunai sebanyak RM1000, hamper dan medal untuk setiap pemain.


Sementara satu lagi pasukan yang mewakil pejabat ADUN Bangi iaitu DACS Bangi B kurang bernasib baik kerana tewas di pusingan ke-3.Kedua-dua pasukan tersebut dibimbing oleh Saudara Ibrahim Chia yang sering menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan dari masa ke semasa. ADUN Bangi turut merasa bangga di atas kejayaan tersebut kerana pasukan tersebut secara tidak langsung telah mengharumkan nama DUN Bangi dan muncul sebagai 4 pasukan terbaik daripada 96 pasukan yang bertanding.

Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut :
Johan (Wang Tunai RM3000) - Pasukan Versus 5A
Naib Johan (Wang Tunai RM2000) – Pasukan MBC B
Tempat ke -3 (Wang Tunai RM1500) - Pasukan Dani FC
Tempat ke-4 (Wang Tunai RM1000) – Pasukan DACS Bangi A

Saudara Dahari selaku Pengerusi Lajnah Sukan Pejabat ADUN Bangi turut hadir memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan tersebut.



Semoga pasukan dari Pejabat ADUN Bangi akan terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Tahniah dan Syabas kepada kedua-dua pasukan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment