July 23, 2012

Melawat Rumah Terbakar Di West Country

West Country, BBB, 02 Ramadhan 1433 = 22 Julai 2012 (Ahad):

Dalam rangka Ziarah Kebajikan pada pagi ini, kami diberitahu dua buah rumah mengalami kebakaran pada siang hari kelmarin (Sabtu). Lalu kami beri keutamaan untuk menziarah kedua-dua rumah berkenaan. Ziarah kali ini disertai sama oleh YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, lantas haluan Hilux yang sarat membawa bahan-bahan kebajikan berubah menuju ke rumah-rumah berkenaan. Tiba kelihatan masyarakat India yang datang ziarah ramai berada di jalan berhadapan dengan rumah berkenaan Ya kedua-dua rumah yang mengalami kebakaran ialah dari kalangan masyarakat India. Sementara di atas bumbung kelihatan beberapa pekerja sedang memasang atap zinc – atap sementara bagi mengelak dari berlaku kebocoran. Kini musim hujan dan hujan sering turun, terutama pada sebelah petang dan malam.

Ketibaan Adun dan Ahli Parlimen disambut oleh En. Sam Wakil Masyarakat India di sini dan diperkenalkan kepada Tuan Rumah Encik Arumugum a/l Kasivam (55) dan keluarga – Ibu dan tiga adik. Isteri En. Arumugum sudah meninggal. Kami dijemput ke dalam dan ketika Adun mau menanggalkan kasut, En. Arumugum minta Adun dan YB Teo terus berkasut, kerana lantai di atas kotor dan bimbang kena pecahan kaca.

Setelah bercakap dan berkenalan, Adun bertanya, ``Apa puncanya berlaku kebakaran ?``

Menurut En. Arumugum, ``Kami tidak dapat mempastikan puncanya, kerana ketika berlaku kebakaran – tengahari semalam , kami sekeluarga tidak berada di rumah. Pihak yang menyedari berlaku kebakaran menelefon bomba yang segera datang dan bertindak memadamkan kebakaran.`` Tambah En. Arumugum, ``Kami berterima kasih kepada jiran yang segera bertindak memanggil bomba, kalau tidak mungkin rumah kami lebih teruk terbakar.``

Untuk mempastikan sejauhmana seriusnya kebakaran, kami dijemput oleh En. Arumugum dan En, Sem untuk naik ke tingkat atas. Pada tingkat atas kami nampak kerosakan adalah teruk. Bilik belakang (rumah dua bilik atas) paling teruk dengan kebakaran bahagian atas bumbung menampakkan langit dan kebakaran semua peralatan, manakala bilik dua juga terbakar dan berlaku kerosakan. Kesan kerosakan juga berlaku ke sebelah rumah jiran.

Bila ditanya kepada En. Arumugum tentang insuran rumah beliau berkata, ``Masih dalam ansuran, pinjaman dari Kerajaan.`` Ini bererti boleh dituntut dari insuran kebakaran.

Walau bagaimana Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang mengucapkan takziah di atas kebakaran yang berlaku dan berharap beliau dan keluarga bersabar.

Sempena lawatan ini Adun Bangi dan Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang sama-sama menyampaikan bantuan segera kepada En. Subramanium.

Selepas melawat rumah En. Subramanium Adun Bangi dan Y.B. Teo bergerak ke rumah sebelah yang turut mengalamai kebakaran, iaitu rumah En. Sutham (67). Beliau tinggal bersama satu keluarga besar seramai 8 orang termasuk cucu-cucu. Sebagaimana En. Subramanium, demikianlah dengan En. Sutham, beliau dan keluarga tidak berada di rumah semasa kebakaran berlaku. Tetapi beliau bersyukur, kerana tidak banyak berlaku kebakaran hasil dari tindakan segera pihak Bomba dari Bangi.

Adun dan Y.B. Teoh dan pengiring dan En. Sutham naik ke atas dan melihat kebakaran yang dapat disifatkan sedikit dan minimum. Walau bagaimana kami turut juga menyampaikan bantuan kepada En. Sutham.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment