July 13, 2012

Kursus Modul Imam dan Bilal Tarawih Dan Program Akil Baligh

BBB, 17 & 18 Sya`ban 1433 = 7 & 8 Julai 2012 (Sabtu-Ahad):

Seminggu lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang di dalamnya banyak menawarkan kepada setiap orang Islam peluang beribadat dari puasa, solat fardu dan sunat – termasuk Solat Tarawih, Witir, tahajud dan sebagainya, peluang bertadarus, bersadaqah dan sebagainya. Bagi meningkatkan kualiti ibadat di dalam bulan Ramadhan ini, maka Masjid Al-Hasanah BBB menganjurkan Kursus Modul Imam & Bilal Tarawih kepada para imam dan bilal di surau-surau dan masjid di Bangi. Kursus ini berlangsung di Bilik Seminar Masjid dengan dihadiri oleh Tuan Haji Napiah Shahrani Nazir Masjid Al-Hasanah, Ustaz Dr. Abdul Wahab Saleh Penceramah yang juga Pensyarah UKM dan Imam, saudara Rashidi Jamil dari JAKIM, Ustaz Radhi Rajab Guru Trannum dari KUIS, Tuan Haji Kamaruddin Yusof Setiausaha Masjid Al-Hasanah dan Pengarah Sambutan dan Ustaz Idris, Imam dan Setiausaha Kursus. Hadir Pegawai Surau, Imam dan Bilal yang berjumlah 38 orang. Mereka adalah mewakli masjid dan 37 surau di bawah Masjid Al-Hasanah.

Menurut Tuan Nazir Haji Napiah Shahrani dalam ucapan alu-aluannya, `` Tarawih adalah ibadat yang terkenal dalam bulan Ramadhan. Semua yang beribadat puasa melengkapkan ibadat mereka dengan tarawih secara berjamaah.. Ia adalah satu kemeriahan dan kesyuhduan. Agar setiap yang mengadakan ibadat pada bulan Ramadhan, khususnya ibadat Tarawih lebih sempurna, maka sebab itu Masjid Al-Hasanah mengadakan Kursus Tarawih.`` Beliau berterima kasih kepada Adun yang dapat hadir merasmikan Penutupan Kursus.

Adun Bangi dalam ucapan perasmian mengucap terima kasih kepada Tuan Nazir dan AJK Kursus yang menjemput Adun merasmikan kursus sehari Mengenai Ibadat Tarawih. Adun sifatkan ianya adalah inisiatif yang baik. Bersolat Tarawih secara belajar, tentulah lebih baik dari bersolat sebagai ikutan biasa. Adun percaya, dengan melalui kursus dapat diperbaiki bacaan, bahkan dapat mempelajari cara bertarannum Al-Qur`an. Bagi imam dan Bilal dapat mempelajari cara kaedah-kaedah yang amalan dan bacaan-bacaan yang betul baik dalam bersolat atau mengiringi solat. Adun berharap banyak manfaat dari kursus yang dianjurkan. Selepas Perasmian Penutup Adun menyampaikan sijil-sijil penyertaan.

Sementara itu keesokannya, iaitu pada hari Ahad 8 Julai pihak Surau Ar-Rahim, Seksyen 8 BBB mengadakan Program Akil Baligh Remaja 2012. Program adalah anjuran Jawatankuasa Surau Ar-Rahim, Persatuan Penduduk Dan Komuniti Seksyan 8 BBB dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Program berjalan selama dua hari dari 07-08 Julai 2012. Kehadiran Adun pada hari ini bagi Majlis Perasmian Penutup yang turut dihadir Tuan Imam Haji Rosli bin Haji Ahmad Imam Surau Ar-Rahim. Ustaz Saihan bin Mohd Said yang mewakili Tuan Haji Farid Omar Pengerusi Surau, Encik Abu Hasan Pengerusi Persatuan Penduduk, saudara Sharul Nizam Pengerusi Pasti Serdang, saudara Muhammad bin Mohd Yusof Ketua Fasilitator, ibu bapa dan peserta-peserta.

Dalam ucapannya saudara Saihan berterima kasih kepada Adun Bangi yang sudi hadir ke Program Akil Baligh yang dalam dua hari menurutnya dipenuhi dengan program Smart Solat, Latihan Pemantapan Diri, gotong royong Bersih Surau, Penerangan Alamat Akil Baligh, Kenali Diri Kenali Allah, Senaman Pagi, Practice Make Perfect, Kuliah Al-Fatihah dan Amanat.. Menurutnya objektif Program bagi mendidik anak-anak memahami dan mengenali diri dan melengkapkan diri sebagai remaja yang berakhlak dan beradab.

Adun Bangi dalam ucapan Pertasmian Penutup berterima kasih kerana dijemput merasmikan Majlis Penutup. Adum melahirkan kekaguman terhadap AJK Surau dan Penduduk yang terus bersifat kreatif dan terus mengadakan berbagai-bagai kegiatan bagi faedah penduduk. Tindakan pihak Surau dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Universiti Pertahanan Nasional membimbing remaja di Surau Ar-Rahim patut dipuji, kerana dari awal anak-anak dibimbing mengenali perkembangan diri dari segi fizikal, mental dan rohani. Bagi remaja adalah bertuah kerana mempunyai keluarga dan AJK yang sentiasa prihatin terhadap anak-anak di dalam membina syakhsiah dan peribadi yang mantap. Adun berterima kasih khusus kepada mahasiswa Uiniversiti Pertahanan Nasional yang sering kali mengadakan bimbingan dan kegiatan di Seksyen 8 BBB. Seingat Adun telah beberapa kali mahasiswa, bahkan tenaga pengajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turun ke Seksyen 8, Terima kasih

Berikut dari perasmian Majlis Penutup Adun menyampaikan sijil dan cenderamata kepada peserta-peserta dan yang terlibat menjayakan program. Adun mengimami Solat Zohor dan makan tengahari bersama.

Sekian.

No comments:

Post a Comment