April 22, 2012

Ziarah Dan Takziah Kepada Ahli Jamaah Oleh Kehilangan Yang Dikasihi

HUKM, 29 Jamadil Awal 1433 = 21 April 2012 (Sabtu):

Menurut seorang Aktivis Pemuda yang tinggal di Apartment Kajang Impian – Saudara Hafiz, bahawa Ahli Jamaah yang mendepani ujian Allah kerana kematian isteri yang bakal Adun bersama pengiring-pengiring mengunjungi ialah orang yang sering menyambut Adun ke beberapa majlis yang diadakan oleh penduduk sejak perumahan Kajang Impian dibuka lebih kurang empat tahun yang lepas. Sememangnya Adun sering ke surau di situ sempena jemputan Ramadhan, hariraya dan berbagai-bagai sambutan, ``Y.B. mungkin kenal beliau yang bakal kita ziarahi. Adun hanya mengangguk dan berkata, ``Ya``.


Pada petang ini Adun dan pengiring-pengiring mengunjungi HUKM bagi menziarahi saudara Ridhuan bin Misri (30) yang kemalangan motorsikal bersama isterinya di Jalan Highway PLUS berdekatan Jalan Masuk ke Stadium Bukit Jalil. Beliau yang bermotorsikal bersama isterinya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Motorsikalnya terlanggar motorsikal di hadapannya yang tiba-tiba brek mengejut, beliau jatuh ke kiri, manakala isterinya Puan Norhana bt. Nuruddin (30) jatuh ke kanan dan dilanggar lori. Puan Norhana yang bekerja di Bank Darah, berdekatan Hospital GH dibawa ke GH, tetapi diisytihar meninggal, Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, manakala saudara Ridhwan yang bekerja di Craft Malaysia, Kuala Lumpur dibawa ke HUKM. Beliau mengalami patah kaki kiri dan diwadkan di HUKM mulai hari kemalangan (Rabu 18.4.2012). Jenazah isterinya dibawa kepada tatapan terakhir En. Ridhuan di HUKM sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Felda Jelai Dua, Gemas dan dikebumikan pada petang hari kematiannya.


Lawatan kami petang hari ini bersama saudara Azizi, Tuan Haji Rushdi & Isteri, saudara Hasan & isteri di HUKM disertai sama yang datang berasingan Ustazah Mariam Bendahari Pas negeri Selangor dan pengring-pengiringnya melawat saudara Ridhuan. Menurut saudara Ridhuan. Kemalangan berlaku pada simpang jalan ke Bukit Jalil di tepi lebuhraya. Walaupun beliau mengikut jalan bagi motorsikal, tetapi pada simpang keluar sebuah motorsikal di hadapannya brek mengejut dan beliau terlanggarnya menyebabkan beliau dan isterinya jatuh dan dilanggar lori yang terus pergi. Saudara Ridhuan patah kaki kiri dengan sedikit luka di lengan dan beliau dirawat di wad HUKM. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan, yang kecil masih menyusu dan dijaga neneknya di Gemas. Kami mengucap takziah di atas ujian berat yang diterima saudara Ridhuan dan berharap beliau bersabar.


Sementara itu pada hari Jumaat semalam (20 April) serombongan Ahli Jamaah Muslimat diketuai Puan Zuryati Ketua Muslimat Pas Serdang mengunjungi keluarga al-Marhumah isteri saudara Ridhuan (Pn. Nurhana) di Gemas menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nurhana di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah Puan Nurhana.

Sementara itu Adun turut bertanya khabar pesakit di sebelah saudara Ridhuan yang keseorangan, iaitu saudara Abdullah bin Haji Said. Beliau adalah pelajar matrikulasi dari Melaka yang berasal dari Melaka. Beliau mengalami kanser tulang bahagian peha dan dipindah ke sini dari Melaka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment