April 20, 2012

Kebakaran Dua Rumah No. 4 & 6 Jalan 13 Desa Surada

Desa Surada, 28 Jamadil Awal 1433 = 20 April 2012 (Jumaat):

Lebih kurang jam 12.00 malam tadi menurut En. Nazaruddin bin Hussin pemilik rumah no. 6, bahawa anaknya merungut bau hangit yang kuat yang disangka jirannya memasak, tetapi apabila mereka menjenguk keluar melihat ke sebelah rumah jiran semi D setingkat di sebelah berlaku kebakaran.

Mereka segera menghubungi bomba. Lebih kurang 15 minit tiga buah bomba dari Kajang dan Bangi tiba dan segera memadamkan api. Walau bagaimana rumah jiran no. 4 hampir musnah keseluruhan bumbung. Pada masa kejadian En. Rosman bin Rais (Penyewa) dan keluarga tiada dirumah, kerana urusan keluarga kahwin. Pemilik rumah ialah En. Abdul Razak bin Omar tinggal di Sungai Merab. Menurut En. Nazaruddin, mereka tidak melindungi rumah mereka dengan ansuran selepas melangsaikan hutang rumah.

Menurut En. Nazaruddin, mereka sekeluarga tidak bercadang untuk berpindah, tetapi akan tinggal disebelah bahagian rumah yang tidak terbakar, tetapi bagi En. Rosman yang rumah mereka rosak teruk akan menumpang sementara di rumah keluarga.

Adun Bangi menyampaikan bantuan segera kepada kedua keluarga sejumlah kewangan, bagi meringankan beban mereka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment