April 8, 2012

Ke West Country Terima Aduan Petani-Penternak Di Atas Tanah Lesen Sementara

West Country, Seksyen 5, BBB, 15 Jamadil Awal = 07 April 2012 (Sabtu):

Melalui saudara Ari Krishnan, Wakil Penduduk India DUN Bangi, Adun mendapat maklumat, bahawa petani/penternak yang mengusahakan pertanian dan penternakan secara lesen sementara (bayar lesen tahunan) di atas tanah seluas lebih kurang 3 ekar sepanjang Sungai Reko – Tanah JPS, kini mendapat notis dari pihak Jurutera Daerah agar mengosongkan kawasan berkenaan dalam tempoh dua minggu. Terkejut dengan arahan ini mereka telah membuat aduan melalui Wakil Penduduk India DUN Bangi saudara Ari Krishnan yang menyampaikan aduan tersebut kepada Adun Bangi petang semalam (6 April).

Pagi ini Adun Bangi dengan diiringi saudara Ari, Azizi, Harun, Haji Rushdi & Isteri dan Puan Noraini ke kawasan pertanian dan penternakan masyarakat India di sini. Adun dan pengiring-pengiring disambut lebih kurang 20 petani/penternak dan keluarga. Adun dapati kawasan sepanjang Sungai Reko/Langat ini bukanlah kawasan kediaman, tetapi kawasan tanah kosong di bawah JPS – tanah tepi sungai yang diguna penduduk secara lesen sementara sejek bergenerasi dahulu (dikatakan lebih dari 60 tahun). Mereka mengadu bahawa mereka bukan penceroboh, tetapi mendapat kebenaran lesen sementara mengusahakan tanah berkenaan. Tanah ini jauh dari perumahan penduduk dan tidak ada sebarang perancangan pembangunan, kerana tanah ini di tepi sungai (reserve sungai).

Bagi membuktikan bahawa pengadu-pengadu mendapat notis dari pihak JPS, mereka membawa notis-notis berkenaan dan juga resit-resit bayaran bagi penggunaan sementara tanah-tanah yang mereka usahakan. Mereka ialah:

  1. Batumalai a/l Poongah (k.p. 620813-10-6003). Menternak kambing dalam kandang
  2. Appawoo a/l Sinathamby (k.p. 590212-10-5449). Menternak kambing dalam kandang
  3. Murugun a/l Covelen (k.p. 750313-10-5675). Bertani
  4. Murugan Veloo a/l Tamil Thilagam (k.p. 680103-10-6345). Bertani.
  5. Arumugum a/l Monthamuthoo (131253-10-5053). Bertani
  6. Nagarajan a/l Muniandy (k.p. 780325-75-5015). Bertani.
  7. Gobalakrishnan a/l Muniandy (k.p. 791127-10-5541). Bertani
  8. Sasikumar a/l Thambalan (880301-43-5285). Bertani.
  9. Kamalabai a/p Govinda Rajoo (401129-71-5160). Bertani
  10. Veerammal a/p Palanianby (360725-71-51500. Bertani.
  11. Roriasamy a/l Rengasamy (350114-10-5047). Bertani.
  12. (Terdapat seorang yang menternak lembu yang data diri tak didapati).

Antara mereka yang hadir dua orang yang agak berumur iaitu Arudhi (75) dan Tamlabai (77) yang adun berkesempatan bergambar dengan mereka. Menurut mereka nenek moyang mereka yang mendududuki West Country sejak bergenerasi menggunakan tapak di sini untuk pertanian dan penternakan.

Adun berjanji akan membawa perkara ini kepada pihak JPS dan Pejabat Tanah dan berpendapat tidak ada sebab yang kukuh untuk menegah penduduk asal yang bergenerasi tinggal di West Country dan menggunakan tanah reserve sungai untuk bercocok tanam dan berternak. Tidak ada bukti tanah ini untuk dibangunkan, lantaran ianya reserve dan tidak boleh diadakan bangunan kekal. Petani/penternak bolehlah meneruskan kegiatan yang mereka lakukan selama ini. Adun berharap ini bukan sesuatu yang disengaja untuk mengexploitasi keadaan oleh pihak tertentu kerana dekatnya pilihanraya.

Selepas menerima aduan dan penerangan, Adun bersama beberapa pengiring, termasuk saudara Ari dan Azizi membuat lawatan melihat kambing ternakan dalam bangunan yang agak bersih dan terjaga. Adun juga melawat kandang kedua yang mempunyai ternakan kambing yang agak besar. Berikutnya Adun juga melihat ternakan lembu yang juga di dalam bangunan. Ternakan-ternakan ini sebenarnya sedikit dan tak dapat menampung baja sebagai recycle dan memerlukan penambahan ternakan.

Selepas lawatan ke kandang-kandang ternakan, sekali lagi Adun menemui yang hadir dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang diberi. Kami berharap masalah mereka akan diselesaikan dengan baik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment