April 16, 2012

Hari Terbuka Jalan 1/3 BBB, Raikan Warga Emas Dan Eratkan Ukhuwwah Penduduk

BBB, 23 Jamadil Awal 1433 = 15 April 20112 (Ahad):

Rancangan Hari Terbuka bagi Kawasan 1/3 BBB lahir dari cadangan ahli kariah setempat, bahawa Adun selalu sebok dengan program dan kegiatan di Dun dan luar kawasan Dun terutama pada hujung-hujung minggu, tetapi kegiatan sedemikian secara khusus di cawangan tidak dilakukan. Ahli mencadangkan agar diadakan program Mesra Rakyat. Cadangan ahli diterima, iaitu dengan mengadakan Hari Terbuka Mesra Rakyat Penduduk 1/3, Bandar Baru Bangi.

Setelah beberapa kali bermesyuarat pada peringkat cawangan, dalam tempoh sebulan, maka pada hari ini Hari Terbuka berkenaan dapat diadakan, iaitu bertempat di Padang Permainan di tengah-tengah kawasan kependudukan 1/3 BBB. Sebelum dari tiba Hari Terbuka hari ini penyebaran maklumat melalui postar dilakukan. Pihak AJK menghantar jemputan dari rumah ke rumah di samping mengiklankannya di Surau Al-Umm. Antara daya tarikan ialah menjanjikan sesiapa yang datang mendaftar seratus terawal akan dihadiahkan setiap orang sehelai T-Shirt bermutu berkolar dan berpoket dengan pilihan saiz yang bersesuaian.

Mjlis pada hari ini bermula dengan pendaftaran mulai jam 8.30 pagi. Peserta disediakan makan pagi nasi lemak, mee dan kuih-kuih dan air. Majlis bermula dengan doa dan ucapan dari Pengarah selaku Adun Bangi yang memaklumkan kepada peserta yang mulai memenuhi 3 khemah, bahawa Hari Terbuka adalah untuk mengeratkan hubungan ukhuwwah di kalangan penduduk 1/3 yang merupakan antara kawasan terawal dihuni di BBB yang juga tempat kediaman Adun sejak mulai menetap di Bangi November 1977 hingga kini. Oleh kerana kawasan 1/3 kawasan terawal dihuni, maka sebahagian besar dari kalangan penduduk juga adalah warga emas. Hari terbuka juga bertujuan untuk meraikan warga emas. Adun juga menyebut insentif-insentif yang disediakan kepada warga emas, kalangan orang muda – pelajar dan anak-anak. Adun juga menyebut beberapa pembangunan yang dibuat di kawasan 1/3, khususnya penurapan jalan-jalan. Berhubung dengan masalah pemungutan sampah yang agak terganggu dengan penukaran kontrektor, terutama bulan Februari 2012 kini perkhidmatan hampir kembali kepada normal.

Antara acara yang menarik perhatian peserta Hari Terbuka ialah Demonstrasi CPR, iaitu kaedah pertolongan cemas yang harus dilakukan bila berlaku kecemasan - jatuh pengsan misalnya akibat heart attack yang mungkin berlaku kepada warga-warga emas. Demonstrasi dilakukan oleh Dr. Hidayah Shafie, Doktor Pakar Kecemasan dari Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau membawa 4 patung untuk demonstrasi, sejumlah peserta-peserta turut sama berlatih memulih mereka yang di dalam kecemasan. Termasuk demonstrasi seorang pelajar yang menjadikan dirinya sebagai seorang yang mengalami kecemasan. Manakala Pemeriksaan Kesihatan turut disediakan dikendalikan oleh Pelajar Perubatan Tahun Akhir UKM Cik Najwa Fdhlina binti Fadhlullah dengan dibantu oleh Puan Mimi Nora bt. Mansur dan Fatin Nazihah bt. Fadhlullah serta anak lelaki Puan Mimi sebagai pendaftar. Manakala Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dikendalikan oleh Cik Najad bt. Muhammad dan Cik Aisyah binti Zainuddin

Untuk kalangan wanita diadakan pertandingan menganyam ketupat dari daun kelapa yang diketuai Puan Hajjah Mu`minah bt. Yusoff, manakala untuk kaum lelaki ialah Pertandingan menyusun kembali halaman-halaman Akhbar Selangor Kini yang sengaja diubah dari susunan asal yang dikendalikan oleh saudara Amir Othman. Manakala pertandingan untuk umum ialah pertandingan meneka dari bahan keliling dan perkara yang mungkin ada pada peserta-peserta sendiri. Pertandingan ini dikendalikan oleh saudara Abu Bakar Alias.

Pada tengahari para peserta disediakan dengan makan tengahari. Persediaan makanan diuruskan oleh Puan Aeshah. Hadiah-hadiah yang diuruskan oleh Puan Nabilah bt. Ahmad disampaikan oleh peserta-peserta jemputan (Adun tidak dapat bersama keseluruhan program, kerana mempunyai beberapa program di tempat lain).

Kejayaan program pada hari ini bergantung kepada banyak pihak. Terima kasih kepada Dr. Hidayah, Najwa Fadhlina dan Puan Mimi Nora, MPKj yang menyediakan khemah, kerusi dan meja. Saudara Amir yang mengurus tentang publisiti, terima kasih kepada tenaga Nisa, Alumni, semua AJK yang terlibat, semua mereka yang memberi sumbangan tenaga dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Sekian.

No comments:

Post a Comment