February 12, 2012

Sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Hulu Langat: Adun Bangi Hantar Sepasukan Peserta

Masjid Kajang, 25 Rabiul Awal 1433 = 18 Februari 2012 (Sabtu):

Seawal 6.00 pagi Adun berada di Masjid Jami` Kajang bagi mengikuti program sambutan Maulidur-Rasul peringkat Hulu Langat 2012/1433 yang bermula sebagai tahap pertama di Masjid dengan solat Subuh berjamaah dan diikuti dengan ceramah mengenai Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Fauzi yang membicarakan tentang Kecintaan terhadap Rasulullah. Apabila kita cinta terhadap sesuatu banyaklah kita menyebutnya, mengingatkan kepada Rasulullah ialah dengan bersalawat kepada Baginda, menurut Baginda sebagai contoh tauladan yang baik dan mesra dengannya, misalnya dengan menziarah maqam baginda di Madinah. Antara program utama sambutan ialah perarakan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian yang jumlah kesemuanya 20 pasukan, termasuk satu pasukan dari Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Bangi yang berjumlah seramai 40 orang. Persediaan dibuat sebelumnya dengan pakaian seragam baju Melayu bersamping secara sama dan banner.

Perarakan sebagai tahap kedua dimulai jam 8.30 pagi di dahului oleh Pegawai Daerah En. Haris Kasim yang merupakan Pengerusi Sambutan,, En. Mughni dari PAID selaku Pengerusi bersama, En. Abdul Jalil Abdul Ghani Pemangku Orang Kaya Daerah, Hulu Langat, YDP MPKj, Ahli Parlimen Hulu Langat, Adun Bangi dan Kajang, Timbalan Pegawai Daerah, ahli-ahli MPKj dan peserta-peserta. Perarakan 20 pasukan memakan masa satu jam setengah dalam mana perbarisan keluar dari Masjid Jami`melalui hadapan Sekolah Cina hingga ke Jalan Stadium membelok ke kanan dan seterusnya berhimpun di stadium.

Tahap ketiga ialah pengisian semasa di stadium bermula dengan doa dan bacaan al-Qur`an, ucapan dari Pengerusi Sambutan Tuan Haji Haris bin Kasim yang memaklumkan di samping Sambutan Maulidur- Rasul turut dilancarkan Bulan Dakwah sebagaimana peringkat negeri. Pada majlis di Stadium ini juga diadakan pertandingan Nasyid pada peringkat rendah hingga peringkat menengah. Sekali lagi ceramah diadakan. Ceramah di sini disampaikan oleh Penceramah Ustaz Faisal bin Abdul Hamid dari Akademi Islam Universiti Malaya yang bercakap tentang Keistimewaan & Keagungan Rasulullah s.a.w. Beliau bertolak dari pendapat Ibn al-Qayyim mengapa kita tertarik kepada seseorang ialah kerana seseorang itu menarik, berperangai baik dan kerana jasanya kepada kita. Menurutnya semuanya ini ada pada Rasulullah s.a.w.. Kita pula bersalawat kepada Baginda, kerana Baginda Kekasih Allah, pernyataan kita kasih kepada Baginda dan Baginda insya Allah memberi syaraat kepada kita pada hari akhirat kelak. Lantaran Rasulullah adalah Kekasih Allah dan kita kasih kepada Baginda, kita bersalawat kepada Baginda secara mesra, bahkan rindu kepada Baginda, sebagai pernyataan mesra dan rindu kita hendaklah rela dan ikhlas menurut apa yang disampai dan disuruh Baginda.

Sebelum berakhir diumumkan keputusan pertandingan-pertandingan dan penyampaian hadiah.

Nasyid peringkat Sekolah Rendah:

  1. Sekolah Kebangsaan Beranang
  2. Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn
  3. Sekolah Kebangsaan Sungai Serai

Nasyid Peringkat Menengah

  1. Sekolah Agama Persekutuan Kajang
  2. Sekolah Menengah Saujana Impian
  3. SAAS, Kajang.

Kontinjen Perarakan

Kreatif dan Kerjasama

  1. Kem Belia Negara, Dusun Tua
  2. MPKj
  3. Unit Pembangunan Insan, Pejabat Daerah Hulu Langat

Sepanduk Terbaik

  1. Jawatankuasa Keselamatan Semenyih
  2. Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat
  3. Jabatan Kerjaraya Hulu Langat

Kontinjen Perarakan Terbaik

  1. Kem Belia Negara Dusun Tua
  2. MPKj
  3. Jabatan Penjara Malaysia

Hadiah Nasyid (pelajar) Pertama RM500 kedua RM300 Ketiga RM200 + Sijil.

Hadiah bagi ketiga jenis perarakan Pertama RM1,000 Kedua 700 Ketiga RM500 beserta sijil.

Sekian.

No comments:

Post a Comment