February 11, 2012

Berpisah Jua, Kenangi Dia

Bertemu berpisah
kata orang
Lumrah kehidupan
Tapi jihad berjamaah
Perjuangan Islam
Manisnya iman.
Terpandang kalian
Bersama turun padang
Dari pintu ke pintu
Membahagi simpati
Pada yang miskin tegar
Sakit di pembaringan terlantar
Kemalangan bencana alam
Dengan tepu belai kasih sayang
Walaupun sedikit bahan kebajikan.

Kini dia pergi
menggalas harapan
menggaris pilu di hati
Membawa kasih cinta bersama
Ke kehidupan baru
mendepani cabaran
teruskan jihad di sana
Kita doakan kebahagiaan
Allah jua membalas ganjaran.


Shafie Abu Bakar,
Sungai Ramal Dalam,
17 Rabiul Awal 1433
10 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment