December 11, 2011

Usaha Memulihkan Dataran Usahawan, Pasar Bandar Baru Bangi

BBB, 14 Muharram = 10 Disember (Sabtu):

Satu-satunya Pasar Basah di Bandar Baru Bangi (BBB) ialah terletak di Jalan 1/1 BBB, tidak jauh dan begitu dekat dengan Pejabat Adun Bangi (bersebelahan). Pasar ini adalah menjadi tumpuan penduduk BBB datang membeli keperluan dapur dan harian mereka. Kehadiran pengunjung memuncak ramai pada hari Sabtu dan Ahad. Tidak kurang dari 1,000 pembeli datang membeli bagi kedua-dua hari berkenaan. Kehadiran bagi hari-hari lain adalah menurun.

Bersebelahan bagi kawasan pasar ini ada puluhan warung berbentuk U yang dulu dikenali sebagai Medan Selera. Pada dekad 1980an di sinilah satu-satunya `Medan Selera` yang dihadiri penduduk setempat dan pelajar-pelajar, khususnya dari UKM datang makan-makan dan lepak selepas penat study, ke larut malam. Berbagai-bagai warung (20) yang menyediakan berbagai-bagai makanan bagi mereka yang datang menjamu selera. Satu masa dulu, akhir 1980an tempat ini lebih dihidupkan dengan adanya Pasar Sabtu.

Pada tahun 1990an berlaku perubahan, apabila kedai-kedai dan warung makanan diwujudkan di Seksyen 16 dan berikutnya apabila Pasar Sabtu – kerana dianggap sempit dan mengotorkan kawasan di Seksyen Satu ini, dipindah ke Seksyen 16. Bermula dari situ kemeriahan Medan Selera terancam. Akhirnya tinggal dua warung terus beroperasi, iaitu Warung Adam dan Warung Roti Canai Pak Daud (Pak Daud juga meninggal).

Sementara itu pemilik-pemilik warung yang tidak beroperasi terlonggok dengan hutang – merter air dan bill letrik.

Bila Adun Bangi (Pas) memenangi Kerusi Dun Bangi (2008) dan Ahli-Ahli MPKj di DUN Bangi dilantik Adun, uasaha memulihkan Medan Selera di sini dilakukan dalam mana Wakil di MPKj bagi BBB ialah Dr. Tajul Ariffin Noordin sama berusaha untuk memulihkan perniagaan di Medan Selera. Tonggakan air dan letrik, diusahakan agar penyewa warung yang baru tidak

menanggungnya. Pemilikan warung diberi kepada mereka yang berminat dan Pelancaran Pemulihan dan Perniagaan dilakukan pada awal 2009. Penjenamaan semula tempat ini dilakukan dan nama `Medan Selera` ditukar kepada `Medan Usahawan`. Ada usaha setengah peniaga bagi terus memajukan tempat ini seperti Warung Adam terus dengan kedai restorannya yang mempunyai pelanggan tetap dan mampu berterusan. Ammier dengan soveinernya, Ustaz Salleh Kassim dengan akhbar dan pelbagai barang khususnya. Ada Warung Ikan Bakar, Warung Makan Tuan Syed, Kedai Kek dan perabut. Tetapi makin lama kebanyakan menarik diri, kerana ketiadaan pembeli. Yang tinggal setakat ini ialah Warung Adam, Kedai Ustaz Salleh dan Ammier

Soveiner.

Hari ini usaha untuk memulihkan kembali bagi kali kedua dilakukan dengan usaha Ammier Soveiner, Ustaz Salleh Kassim dan beberapa yang lain. Banner-banner digantung bagi memaklumkan pembukaan kembali kawasan yang dinamakan `Medan Usahawan` ini. Petak-petak diatur untuk mereka yang mau berniaga yang pada peringkat permulaan secara percuma.

Menurut saudara Amir Osman, setakat ini 54 peniaga telah mendaftar untuk berniaga. Tapi hingga pagi ini bila pelancaran kembali hendak dilakukan hanya 10 orang peniaga tampil dengan barang masing-masing.

Dalam ucapan perasmian oleh Adun Bangi, beliau menyatakan hasrat agar Medan Usahawan ini dapat memberi peluang kepada mereka yang minat berniaga. Beliau menyatakan, ``Kita mempunyai tempat yang strategic dan pengunjung yang ramai, masalahnya pengunjung-pengunjung ini belum tertarik untuk berkunjung.`` Sebab itu katanya, ``Strategi pemasaran hendaklah difikirkan bagi mereka bagi menarik mereka ke atas. Antaranya dengan menyediakan barang-barang yang diperluai mereka. Buat kempen di pasar agar mereka naik ke atas. Pilih beberapa barang dengan jualan benar-benar murah dan terik mereka ke atas. Sediakan hadiah-hadiah percuma misalnya menghadiahkan belon kepada anak-anak yang dibawa keluarga mereka naik ke atas. Buat cabutan bertuah. Buat pertunjukan-pertunjukan – Silap Mata, Kuis dan sebagainya. Adun berharap usaha ini terus dilakukan beberapa minggu permulaan dan Adun sedia bekerjasama untuk membiyayai kos promosi bagi peringkat poermulaan. Majlis diakhiri dengan jamuan yang Adun harap jamuan kecil seperti ini terus diadakan untuk tempoh beberapa minggu akan datang.

Sekain.

1 comment:

  1. AsSalam.. nanti kalau nak cari barang party dan belon terapung helium, leh la singgah di cawangan kami di Bangi Sentral sebelah Butik Felinna tu.
    or boleh jugak di cawangan kami di jalan reko sentral dan juga usj21.

    www.facebook.com/glowing party house
    insta @glowingpartyhouse

    ReplyDelete