December 21, 2011

Menyampaikan Peruntukan Kerajaan Negeri Selangor Kepada (SRJKC) Yoke Min, Pekan Bangi

Pekan Bangi, 24 Muharram = 20 Disember (Selasa):

Jam 10.00 pagi, kami sampai di SJKC Yoke Min, bagi menyampaikan peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada peruntukan tahunan sebanyak RM6 juta yang diagih-agihkan kepada Sekolah-sekolah Cina yang berjumlah 75 buah Sekolah di Selangor. Ini merupakan tahun ketiga peruntukan diperturunkan.

Hadir pada Majlis Ringkas Penerimaan cek Adun Bangi, YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Encik Lau Ketua Kampong, Kg. Baru, Bangi, Tuan Haji Zakaria Bujang Ketua Kampong Bangi, En. Lau Jart Chin Pengerusi PIBG Sekolah, Puan Teh Siew Hong Guru Besar, AJK dan yang lain turut serta.

Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi PIBG En. Lau Jart Chin mengalu-ngalukan kehadiran YB Dr. Shafie dan YB Teo Nie Ching ke SJKC Yoke Min. Beliau juga mengucapkan terima kasih pada kerajaan yang menyediakan peruntukan bagi SRJKC, manakala YB Teo Nie Ching menyebutkan tentang prehatinnya Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan peruntukan tahunan kepada SRJKC yang sebelum ini tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat. Beliau menyebut tentang skim-skim yang diperuntukkan kepada rakyat negeri Selangor. Beliau berharap semua pihak dapat mengambil manfaat dari peruntukan ini.

Adun Bangi memaklumkan bahawa peruntukan RM6 juta adalah diagih-agihkan kepada 75 buah SRJKC di Selangor dan Bangi pada tahun ini diberi peruntukan sebanyak RM50,000/= dari peruntukan di atas. Pihak PIBG Sekolah telah membuat permohonan bagi tahun 2011 pada 27 Jun 2011 dan diberi sokongan oleh Adun pada 6 Julai 2011 dan permohanan diluluskan melalui Mesyuarat Exco pada 7 September 2011, iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah ini ialah antara jumlah terbesar yang diberi kepada SRJKC . Permohonan yang dibuat oleh PIBG ialah sebanyak RM400 ribu bagi tujuan pembinaan bilik darjah, Makmal Sains dan bilik SPBT (Serbaguna), tetapi jumlah yang dapat diluluskan sebanyak RM50,000 dan diharap dapat menampung sebahagian daripada projek pembangunan oleh Sekolah. Tetapi perlu ambil perhatian peruntukan yang diberi bersifat tahunan, maka untuk tahun depan pihak Sekolah berhak meminta lagi bantuan dan borang permohonan ada disediakan. Diharap dengan bantuan lebih memberi kesempurnaan kepada Sekolah.

Adun Bangi bergembira mendapat maklumat, bahawa pencapaian kemajuan Sekolah yang terdiri dari 202 pelajar dengan guru seramai 14 orang ini makin meningkat. Misalnya kelulusan UPSR 2010 hanya 21.7 % dan meningkat pada tahun 2011 kepada 58.1%. Syabas kita ucapkan kepada pihak Sekolah dan guru-guru.di atas kejayaan cemerlang dan diharap pencapaian lebih-lebih meningkat pada tahun-tahun akan datang. Ini akan lebih menarik pelajar-pelajar berbagai kaum ke sini. Setakat ini pelajar-pelajar Sekolah ini dimaklumkan terdiri dari 60% Cina dan selebihnya (40%) berbagai kaum di sini. AJK PIBG juga terdiri dari berbagai kaum. Amat menarik dan bersifat Malaysia.

Selepas dari ucapan penyampaian cek kepada YDP PIBG En. Lau Jart Chin dilakukan oleh Adun Bangi mewakili kerajaan negeri disaksikan oleh YB Teo Nie Ching, jawatan-Jwatankuasa dan hadirin.

Sekian.

No comments:

Post a Comment