August 17, 2011

Mereka Yang Tinggal Di Tingkat Atas Rumah Pangsa Lebih Sihat Dan Produktif !

Seksyen 16, BBB, 17 Ramadhan = 17 Ogos (Rabu):

Anekdot:

Pagi ini Adun melawat kalangan miskin dan sakit di beberapa bloks rumah pangsa, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Kami menziarah dari unit ke unit rumah pangsa menemui secara langsung penghuni-penghuni di rumah mereka, kerana sebahagian dari mereka memang tidak dapat keluar kerana sakit dan uzur.

Untuk menziarah 8 orang kami menziarah 5 bloks dari tingkat bawah hingga ke tingkat 5. Barang-barang yang dibawa agak berat ditambah Cawangan Seksyen 16 menambahkan lagi barang-barang sumbangan. Setelah mendaki keseluruhan dan dalam perjalanan turun, Adun membuat kesimpulan dan meluahkan kepada pengiring-pengiring,

`Saya dapati mereka yang tinggal di tingkat atas, penghuni-penghuninya adalah sihat-sihat (kecuali yang diziarah), betul tak ? Tanya Adun.

Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan menjawab, `Betullah, kata YB.``

`Mungkin kerana penghuninya terpaksa exercise setiap hari beberapa kali sehari,`kata Adun.

`Jadi tak perlu jogging,` kata saudara Harun, Ketua Cawangan Seksyen 16,`

`Selain dari itu udara dibahagian atas lebih sihat dan segar dari tingkat bawah,` tambah Amir.

`Keluarga-keluarga tingkat atas juga lebih ramai anak-anak yang sihat,` kata Adun.

`Memang,` kata saudara Azizi.

`Jadi ada faedah juga tinggal di tingkat atas. Biasanya orang tak mau tingkat atas !` kata Amir.

`Tapi rumah kondo, makin tingkat tinggi lagi mahal, kerana pandangan makin menarik !`kata Haji Rushdi.

`Tapi ini rumah pangsa, bukan rumah kondo,` kata Adun.

`Saudara-saudara ada perhatikah atau tidak, ada keluarga-keluarga di tingkat atas mempunyai ramai anak,` lanjut Adun.

Jawab Amir, `Mungkin mereka mempunyai lebih privacy.`` disambut ramai ketawa.

Tapi daripada 8 yang dilawat, sekurang-kurangnya ada tiga kes dari segi jantina tidak seimbang. Satu keluarga mempunyai 7 anak, hanya seorang anak lelaki. Satu keluarga mempunyai 4 anak lelaki, hanya seorang perempuan dan satu keluarga mempunyai 5 anak perempuan tiada lelaki.`` Terang Adun panjang lebar.

``Itu sukar nak dijawab,`` sampuk Harun yang belum berpengalaman berkeluarga, kerana masih memili-milih dan belum ketemui jodoh untuk kahwin.

Menutup kesimpulan Adun berkata `Tapi Tuhan Maha Adil. Hakikatnya sebenarnya seimbang bagi yang ramai anak perempuan akan menerima menantu lelaki lebih ramai dan begitulah sebaliknya. Keimbangan dan keadilan Tuhan tetap berlaku secara keseluruhan.`

Pada pagi hingga ke tengahari sempat diziarah 8 keluarga yang setengahnya uzur tua, lumpuh, kekurangan pendapatan. Kena berhenti kerja dan sebagainya. Kami berharap sumbangan kami dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Dua lagi yang perlu diziarah. Adun tidak dapat menyertainya dan wakilkan kepada Ketua Lajnah Kebajikan kerana dalam waktu berdekatan Adun mempunyai program di tempat lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment