August 4, 2011

Menghimpun Pembeli-Pembeli Rumah Pangsa Terbengkalai Sungai Tangkas Bermesyuarat

Pejabat Adun, BBB, 28 Sya`ban = 30 Julai (Sabtu):

Berikut dari Lawatan Tapak oleh Adun ke Rumah Pangsa Terbengkalai Sungai Tangkas di atas pada Jumaat 24 Jun 2011 – turut hadir Ketua Kampong Tuan Haji Abdul Hadi dan pada masa itu Wakil Kontrektor Encik Tan Thor Thing hadir sama– Isu ini juga dibawa ke pihak negeri, maka langkah yang Adun ambil ialah bagi menghubungi seramai mungkin pembeli-pembeli rumah pangsa terbengkalai yang dibina sejak 7 tahun lepas itu. Projek ini diisytiharkan terbengkalai oleh Jabatan Perumahan Negara mulai 16 Mei, 2011. Rujukan KPKT/08/884/93/1Sel.Jld. 108(22) bertarikh 20 Julai 2011.

PENGESAHAN PROJEK TERBENGKALAI

Pemaju : TJ Plaza Sdn. Bhd.
Projek : Apartment Kelisa Ria, Kg. Sungai Tangkas, Mukim Kajang
No. Lot : Lot E – 201, H.S. (M) 22985 & P.T. No. 54288, Selangor.

Antara pembeli unit dari Rumah Pangsa Terbengkalai ini ialah En. Mior Hishamuddin Bin Mior Zainal Abidin dari Taman Kajang Mewah, Sungai Chua, Kajang. Beliau beberapa kali datang berbincang dengan Adun berhubung dengan rumah pangsa terbengkalai berkenaan. Adun maklumkan cadangan untuk membuat perjumpaan pembeli-pembeli. Beliau mengambil inisiatif mendapatkan senarai pembeli dari Pemaju, bahkan berusaha ke Jabatan Perumahan Negara bagi mendapatkan maklumat mengenai kedudukan dan status perumahan berkenaan.

Berikut dari itu Adun cadangkan pertemuan diadakan pada hari ini dan usaha menjemput hadir ke Pejabat Adun dilakukan oleh En. Mior Hishamuddin. Adalah dijangka yang mungkin hadir pada hari ini lebih kurang 50 orang sahaja daripada 500 pemilik 5 Bloks.
Dengan jangkaan ini pertemuan diadakan di Pejabat Adun mulai jam 10.00 pagi. Walau bagaimana kehadiran 150 orang, menyebabkan sebahagian dari yang hadir berdiri di luar. Pertemuan dihadiri sama Wakil Kontrektor Encik Tan Thor Thing – dari Geo-Stream.

Masalah yang dihadapi ialah pihak Pemaju Gagal menyiapkan perumahan. Beliau mempunyai banyak projek. Bayaran yang terus dibuat pembeli-pembeli melalui potongan gaji mungkin digunakan untuk projek-projek yang lain. Perumahan 70% siap> Untuk siap sepenuhnya memerlukan peruntukan RM3 juta dan bagi menyiapka infra-struktur memerlukan RM3 juta lagi. Saluran air dan letrik belum disiapkan lagi.

Selepas Adun berucap mengalu-ngalukan kehadiran dan terima kasih hadir dan menerangkan latar belakang projek dan tujuan dipanggil ke pertemuan, pembli-pembeli diminta memberi pandangan. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan ialah:

1) Cadangan mengadakan perjumpaan dengan Pemaju
2) Cadangan mengadakan pertemuan pihak Jabatan Perumahan Negara
3) Cadangan juga mengadakan perjumpaan dan dialog dengan Exco Perumahan Negeri Selangor
4) Meminta Kementerian Perumahan membekukan bayaran interest di Bank
5) Mengambil tindakan mengikut Akta Pemaju Perumahan mendenda Pemaju kerana lewat menyiapkan perumahan.
6) Perlu melantik peguam bagi pihak pembeli bagi mengendalikan berbagai urusan
7) Perlu peruntukan dari Adun untuk kos pengurusan
8) Menggunakan formal letter bagi pengurusan
9) Ada wakil bank dalam mesyuarat
10) Perlu lantik AJK mewakili pembeli-pembeli.

Hasil dari mesyuarat dilantik lapan pembeli rumah mewakili pembeli-pembeli bagi sebarang mesyuarat, rundingan, cadangan dan tindakan. Mereka ialah:

BIL

NAMA

NO TELEFON

1

Encik Zainal Abidin

0193367559

2

Encik Effendi

0133654052

3

Encik Abdul Aziz Abd. Majid

0122973127

4

Encik Zulkifli Ismail

0192003028

5

Pn. Zaleha Bt. Osman

0192232129

6

Pn. Hajar Bt. Mat Besar

0126168253

7

Norshamlela Wati Bt. Salehuddin

0126710629

8

Nor Asiah Bt. Ismail

0132573665











Mereka boleh dihubungi oleh pembeli-pembeli bagi membuat cadangan dan pertanyaan. Mereka akan bermesyuarat dalam masa terdekat. Adun Bangi menjadi orang perantaraan.

Sekian.

13 comments:

  1. Inisiatif Yang bagus bagi adun dan pembeli, saya juga pembeli rumah tersebut yang telah membayar bayaran bulanan penuh tapi rumah yang diidamkan masih terbengkalai... harap rumah akan siap dalam masa terdekat .. terima kasih kepada adun yang menjadi orang tengah

    ReplyDelete
  2. rasa menyesal teramat sangat beli rmh tu..spi skg byr..byr..dan byr tiap bulan..x juga siap2..hampehhhhh..

    ReplyDelete
  3. mana janji2 yb kata nak selesai kan masalah rumah kami.sekarang ni dah masuk 2013.dari saya berkhidmat dalam ATM sampai sekarang saya pun dah bersara,rumah pun tak dapat duduk lagi,

    ReplyDelete
  4. mohon lah bantu siap kan rumah nie.. janji ditepati ???

    ReplyDelete
  5. bayaran sudah dibuat..tapi rumah tak siap2 jugak......rasa m,yesal pun ada...dari belum kahwin sampai dah anak 3 orang dah...........rumah tetap macam tu jugak...........

    ReplyDelete
  6. Kepada Pembeli Mohon masuk ke group Facebook pembeli apartment kelisa ria untuk segala update terbaru berkenaan rumah dan perbincangan bersama

    FB : Apartment Kelisa ria Sungai Tangkas bangi (Pembeli)

    https://www.facebook.com/groups/214618135364120/

    ReplyDelete
  7. https://www.facebook.com/groups/214618135364120/

    Group FB pembeli rumah "Apartment Kelisa ria" Mohon Masuk kan Admin Tq

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan
    Tolong invite saya untuk FB melalui gye_74@yahoo.com
    Saya juga adalah salah seorang pembeli rumah tersebut.
    Terima kasih.

    Hamizy

    ReplyDelete
  9. As salam..sape pemaju apartment ni?
    projek msh terbengkalai lg ke? sy bru plan nk beli apartmnt ni..

    ReplyDelete
  10. Insyaallah bulan 6 2015 ini dapat kunci ,saya dah pi ke pejabat dia,saya ada beli 1 di blok E, sebelum ni S&P pun xsempat siap,usaha dan tawakal akhirnya dengan izin tuhan saya dapat S&P tahun lepas.

    ReplyDelete
  11. Salam,sy baru nk beli apmt ni. Dh siap ke? Dh ade yg pindah masuk?

    ReplyDelete
  12. Salam, saya beli jgk rumah ni...tapi xdpt duduk lagi..

    ReplyDelete
  13. Salam, saya nak beli apartment ni kalau ada nak jual.. sila hubungi saya di datameg@yahoo.com t.k

    ReplyDelete