August 22, 2011

Mengenang Jasa Guru-Guru Pasti

Teras Jernang, 20 Ramadhan = 20 Ogos (Jumaat):

Ini adalah kali kedua bagi Adun Bangi menganjurkan Majlis seumpama ini bagi menghormati jasa guru-guru Pasti Serdang. Majlis dengan kerjasama Pas Kawasan. Kali pertama diadakan pada tahun lepas dan kali ini diadakan di Dewan Masjid As-Salihin Teras Jernang, Hadir sama Ustazah Mariam Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Negeri, Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, Sdr. Adram Musa, Ketua Pemuda Pas Serdang, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan Adun Bangi, sdr. Shahrunnizam Pengarah Pasti Serdang, Ustaz Bashir Alias Nazit Masjid As-Salihin dan 97 guru-guru Pasti yang diraikan.

Ustazah Mariam dalam ucapan perasmiannya mengucap terima kasih dan syabas kepada Pas Kawasan dan Adun Bangi di atas kejayaan majlis diadakan. Menurutnya peranan guru pasti tidak mudah, tetapi sumbangannya pada pendidikan dan Pas begitu besar. Ianya juga sebagai ruang dakwah dan kerjasama dalam memperkukuhkan politik terhadap penduduk melalui anak-anak mereka. Menurutnya pihaknya akan mengadakan retreat bagi membincangkan keadaan guru Pasti dan jaminan kebajikan mereka.

Sementara itu Ustaz Shafie Ngah dalam ucapan alu-aluan ringkas memuji guru-guru yang menabur jasa dengan khidsmat pengajaran. Mereka menanamkan asas pengajaran terhadap anak-anak kita. Mereka juga memudahkan ibu bapa dengan asas-asas pendidikan Pasti. Guru-guru Pasti insya Allah mendapat paghala berganda di atas tugas mereka itu.
Manakala Adun Bangi selaku penganjur menekankan kewajaran pengiktirafan diberikan kepada guru-guru, di sini seramai 97 orang. Jasa yang mereka curahkan tak sepadan dengan pulangan yang diterima. Mereka wajar menerima penghormatan. Mereka menghidupkan pengajaran di 23 pasti di Serdang. Antra pasti di Serdang mendapat hadiah Pertma Seluruh pasti kerana mempunyai murid-murid teramai iaitu 1,784 orang. Dengan Pasti Impian Ehsan teramai (270) dan Pasti Al-Faizin 120 orang.

Pasukan bola Sepak dari Serdang (Pasti Raudah Seksyen 5 BBB) pernah mencapai joihan keseluruhan peringkat pusat dengan pasukan murid perempuan (Impian Ehsan, Balakong) dapat tempat ketiga, Tetapi yang lebih penting guru-guru mendidik anak-anak kits mengenali alif, ba ta – ABCD, membimbing mereka dengan nilai keagamaan dan akhlak yang tinggi yang menjadi asas bagi perkembangan pada masa hadapan mereka. Daripada maklumat yang sampai kepada kita, anak-anak yang melalui pendidikan pasti lebih terkehadapan dari segi pelajaran dan mempunyai sahsiah dan akhlak yang tinggi. Atas asas-asas ini kita memberi pengiktirafan dan penghormatan terhadap mereka.

Hadiah-hadiah penghargaan terhadap guru-guru disampaikan oleh Ustazah Mariam, YDP, Sdr. Adram (tak berucap kerana lambat tiba) dan Adun Bangi.

No comments:

Post a Comment