July 12, 2011

Sidang Dewan Negeri Selangor Bermula Hari Ini Luluskan Bajet Tambahan

Dewan Negeri Selangor, 9 Sya`ban = 11 Julai (Isnin):

Sidang Dewan Negeri Selangor – Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga bermula hari ini dengan doa dan Proklamasi. Diikuti dengan menjawab soalan-soalan lisan. Sebanyak 11 soalan lisan hari ini sempat dijawab. Soalan Adun Bangi no. 10 keluar, iaitu berhubung dengan Tanah Runtuh di Hulu Langat pada 21 Mei 2011yang 16 pelajar Madrasah al-Hidayah at-Taqwa menjadi mangsa tanah runtuh (meninggal) dan 9 selamat.

Jawapan disampiakan oleh YB Elizabeth Wong Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang menyatakan Tanah Runtuh adalah merupakan faktor semula jadi alam oleh kerana lereng bukit ditarah begitu curam. Tindakan pemantauan diambil bagi menjamin keselamatan, termasuk melarang menggunakan bangunan yang mengalami runtuhan. Pihak Kerajaan menyediakan tapak baru di Semenyih bagi menggantikan tapak lama yang boleh membahayakan’

Apabila Adun mengemukakan soalan tambahan berhubung dengan lawatan Adun ke sana (kali kedua) pada 30 Jun 2011 bahawa pihak Madrasah yang di bawah pengurusan Pengerusinya Dr. Idris tidak setuju Madrasah dipindah ke Semenyih dan mau kekal di Hulu Langat. YB Elezabith menyatakan, ``Jika ada tapak di Hulu Langat sila maklumkan,`` Bila ditanya sejauhmanakah janji Kerajaan Persekutuan untuk membina bangunan gentian ? Beliau menjawab, `Itu terpulang kepada kerajaan Persekutuan sama ada mau menunaikan janji atau sebaliknya``.

Soalan-soalan yang lain yang dijawab antaranya mengenai Projek MRT, Kemudahan asas, Pekelilingan Perbendaharaan mengenai Syarikat, Rumah Exco, Kemajuan Pertanian di Selangor, Hasil Industri Pasir, Mikrokredit, Prestasi Kewangan Negeri dan Skim Mimbar,

Sidang hari ini meluluskan Bajet Tambahan bagi 2011 berjumlah sebanyak RM114,226,965.12.

Sekian.

No comments:

Post a Comment