July 7, 2011

Rukun Tetangga Kajang Utama Anjur Pertandingan Bola Sepak

Kajang Utama, 01 Syaaban = 3 Julai (Ahad):

Rukun Tetangga Kajang Utama, melalui Kelab Biro Sukannya menganjur Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah. Menurut Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Utama, ``Pertandingan ini khusus bagi pasukan-pasukan yang ada di Kajang Utama sahaja.`` Kata Tuan Haji Ibrahim, `` iklan dan penyebaran maklumat telah disebarkan sejak beberapa minggu yang lepas dan tarikh tutup penyertaan ialah pada Jumaat 29 Jun yang lepas.`` Butir-butir pertandinagn:

Tarikh Pertandingan : 3 Julai (Ahad)
Lokasi: Padang Sekolah Rendah Kajang Utama
Yuran: RM60 Sepasukan
Tarikh Undi: 29 Jun 2011 (Mlm. Di KRT, Kajang Utama).
Hadiah: 1) RM300/= 2) RM200 & 3) RM100/=.
Johan: Memegang Piala Pusingan
Hadiah juga: Pemain Terbaik
Penjaring Terbanyak

Hasil dari maklumat pertandingan yang dihebahkan melalui berbagai cara sebanyak 16 pasukan mendaftar untuk pertandingan. Antara Peraturan-Peraturan Pertandingan.

1. Pertandingan bersifat lega dan setiap pasukan sekurang-kurangnya bermain tiga kali.
2. Masa akan diberi 15 minit untuk satu perlawanan di mana 7 minit tukar gelanggang.
3. Masa akan diberikan 5 minit untuk pasukan masuk ke gelanggang,jika terlewat dikira `Walk Over`.
4. Hanya Kepten Pasukan akan diberi layanan
5. Keputusan Pengadil adalah muktamad

Atas jemputan pihak Penganjur, Adun tiba jam 9.00 pagi bagi Majlis Perasmian. Permainan yang telah dijalankan dihentikan seketika. Dari acara ringkas, Adun mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kepeimpinan rukun Tetangga yang telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan yang berlangsung pada hari ini. Dengan pertandingan ini dapat menarik golongan muda menyertai pertandingan dan dapat bagi mereka mengisi waktu lapang dengan kegiatan-kegiatan yang memberi faedah.. Paling utama pertandingan ini dapat mencungkil bakat-bakat terpendam yang dapat diketengahkan pada peringkat Daerah, Negeri bahkan ke peringkat Nasional. Sebagai contoh `Bintang Baru` bola sepak yang menonjol, iaitu Sali Safi adalah berasal dari Sungai Tangkas, berdekatan dengan UKM dan berdekatan juga dengan Kajang Utama ini. Demikianlah kita berharap akan lahir bakat-bakat berwibawa yang membawa nama Bangi dalam bidang sukan hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan harapan ini Adun Bangi merasmikan Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah dengan menendang bola dan ditangkap oleh Goli. Adun berharap permainan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.
Sebelum pertandingan kembali bermula Adun menyampaikan cek dari Adun sebagai bantuan bagi pertandingan.

Pertandingan berlangsung sehari suntuk dari 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang.


Keputusan Pertandingan:

Johan = Rojak FC
Naib Johan = Seri Utama
Ketiga = Kalah bergaya
Keempat = Suria FC

Hadiah-hadiah pada sebelah petangnya disampaikan oleh saudara Adhram bin Musa selaku Ahli Majlis MPKj Zon 22 yang Kajang Utama termasuk di bawah Zon tersebut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment