April 4, 2011

Kejohanan Badminton Terbuka ADUN Bangi: Sambutan Luar Dugaan

Sungai Tangkas, BBB, 29 Rabiul Akhir = 03 April (Ahad):

Kejohanan Badminton Terbuka Adun Bangi mendapat sambutan di luar dugaan. Permohonan melebihi 60 buah pasukan, tetapi terpaksa dihadkan kepada 48 pasukan beregu terawal agar pertandingan dapat diselesaikan dari pagi hingga ke petang sahaja. Peserta yang datang bukan setakat dari Bangi sahaja, tetapi hingga ke luar dari Selangor. Antara pasukan yang datang ialah dari Bentong, Pahang, Putrajaya dan Kuala Lum,pur. Dari dalam Selangor datang dari Gombak dan kawasan berdekatan Bandar Baru Bangi.

Menurut Saudara Dahari Pengarah pertandingan. ``Semua court badminton di Vorge Badminton, Sungai Tangkas – 5 court ditempah untuk pertandingan yang berjalan secara serentak kelima-lima buah court. Yuran pendaftaran bagi pertandingan ialah RM40 bagi satu pasukan. Hadiah-hadiah disediakan:

Hadiah Pertama RM500 beserta dengan Piala Kejohanan
Hadiah Kedua RM400
Hadiah Ketiga RM300
Hadiah Keempat RM200

Oleh kerana banyaknya pasukan, maka pertandingan terpaksa diadakan dari pagi sehingga tamat betul-betul jam 6.00 petang.

Majlis penyampaian hadiah diadakan sebaik saja tamat pertandingan. Hadir sama dalam Majlis Penyampaian Hadiah ialah Tuan Haji Shafie Ngah Ahli MPKj. Sdr. Adram Musa juga Ahli MPKj, saudara Dahari Pengarah Program dan AJK-AJK.

Dalam ucapan ringkas sebelum penyampaian hadiah Adun menyebut, ``Kali ini Adri, un menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Adun Bangi, bukan saja bagi menggalakkan golongan muda melibatkan diri dalam pertandingan, tetapi juga untuk mencungkil bakat pemaian badminton yang berpotensi bagi mewakili Bangi ke peringkat negeri, negara dan juga ke peringkat antarabangsa.

Bagi mencapai tujuan ini Adun berharap pihak AJK mengatur latihan dan pertandingan serta kenal pasti mana-mana remaja yang berpotensi dan dilatih bermain pada peringkat lebih tinggi. Adun mencadang agar diadakan juga pertandingan secara single. Ini lebih jelas bagi melihat potensi peserta-peserta secara individu. Jika ada benar-benar berpotensi, kita sedia menyalurkan dana melalui persatuan-persatuan yang terlibat.

Keputusan pertandingan seharian adalah seperti berikut:

1) Johan Pasukan Saiful Gombak
2) Naib Johan - Pasukan Baljit Bentong, Pahang.
3) Rimba Bangi Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
4) Jebong Bomba, Putrajaya.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Bangi. Semua pasukan yang menang kemudiannya diminta bergambar beramai-ramai.

Sekian.

No comments:

Post a Comment