March 8, 2011

Penyerahan Geran Tanah Bagi Kuil Maha Karu Mariaman Seksyen 8

Bandar Baru Bangi, 01 Rabiul Akhir = 06 Mac (Ahad):

Dalam satu upacara ringkas pada malam ini Adun Bangi bersama Adun Kajang YB En. Lee Kim sin dan Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching secara bersama menyerahkan geran tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada En. Baskaran Sebagai Pemegang Amanah dan En.S. Chitran Pengerusi bagi Kuil Maha Karu Mriaman. Turut hadir En. Narayanan Ahli MPKj, En. M. Pannir Selvam Timbalan Pengerusi, En. Sellamuthu Setiausaha Kuil, En.Sudrensan Bendahari dan beberapa yang lain.



Tempat yang diberi geran ini sebagai menggantikan bagi tapak Kuil yang dipindah kerana berada di tengah jalan keluar dari Pejabat Daerah ke Jalan depan Tasik Cempaka – di kanan kini bangunan KLIA Holding. Perpindahan berlaku pada tahun 1996. Sejak itu permohonan mendapat geran tetap telah dibuat dan kini pada zaman Kerajaan Pakatan Rakyat baru diluluskan geran bagi tanah seluas 8,000 kaki persegi. Pihak AJK Kuil akan berusaha mencari dana bagi pembinaan kuil yang sekarang mempunyai binaan sementara.



Sebelum penyampaian, YB. Teo Nie Ching, YB En. Lee Kim Sin dan Adun Bangi berucap ringkas menekankan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meluluskan permohonan tanah yang tertonggak kepada yang layak. Kerajaan PR memberi pertimbangan dan kelulusan bagi rumah-rumah ibadat yang layak.

Sekian.

No comments:

Post a Comment