March 15, 2011

Nisa` Serdang Anjur Pertandingan Bowling Di Mine

Serdang, 08 Rabiul Akhir = 13 Mac (Ahad):

Nisa Serdang pada pagi ini menganjurkan Pertandingan Bowling di kalangan remaja perempuan dari berbagai kawasan di Serdang. Tujuan diadakan pertandingan menurut Ketua Nisa` saudari Ashidah ialah, ``Untuk merapatkan hubungan antara golongan remaja perempuan di kawasan Serdang,`` katanya. Tempat pilihan pertandingan ialah di Mine Bowling, Serdang antara 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

Menurut saudari Aisyah Zainuddin Pengarah Pertandingan yang sejak berminggu membuat persediaan bersama Timbalannya saudari Saida dan AJK. Menurutnya, ``Pertandingan dapat menarik 10 pasukan.`` Antara pasukan ialah dari Puchong, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Bandar Seri Putera, PKNS, Cheras Jaya, Bandar Baru Bangi dan Pasukan Nisa` sendiri. Apa yang menarik dua dari kumpulan ini ialah dari kalangan remaja OKU.



Hadiah-hadiah yang disediakan selain dari hamper-hamper sebagai penghargaan, ialah berbentuk kewangan.

No. 1 sebanyak RM700/= Wanita dari PKNS



No. 2 sebanyak RM500/= Wanita dari Klang



No. 3 sebanyak RM300/= Wanita dari Seksyen 4



3 hadiah saguhati RM100x3.

Hadiah Pertama dicapai oleh pasukan dari PKNS, Kedua wanita dari Klang – dan ketiga ialah Seksyen 4
Bagi menyampaikan hadiah dan acara penutup Adun Bangi dijemput melakukannya mulai jam 12.00 tengahari. Dalam ucapan penutupnya Adun mengucap tahniah di atas kejayaan Nisa` mengadakan pertandingan yang agak besar dan memilih tempat yang agak exklusif dan istimewa. Beliau menyatakan, ``Usaha mengadakan Pertandingan Bowling ini dapat membuka ruang pengenalan antara nisa` dan remaja perempuan di Serdang. Semoga mereka dapat berjinak-jinak dan menyertai sama kegiatan nisa` pada masa yang akan datang. Bagi menarik golongan remaja kata Adun,
``Kita memang menggalakkan perkembangan sukan dan mengadakan berbagai pertandingan seperti Futsal, bola sepak, takraw, pengpong dan badminton. Antaranya mengadakan kejohanan bersifat tahunan.

Adun memuji kegigihan AJK. Menurutnya,
``Melihat kepada hadiah-hadiah yang disediakan, sewa tempat pertandingan dan sebagainya, peruntukan yang diberi mungkin tidak mencukupi,` tapi menurut Adun, ``mungkin dari kegigihan AJK, selain dari bayaran pendaftaran, mereka mencari sumber-sumber kewangan tambahan.``
Saya difahamkan kata Adun, `Bukan setakat kegiatan sukan, tetapi saya dimaklumkan Nisa` juga mengadakan Seminar Mengenai Pelaburan Wang Dinar dalam masa terdekat. Syabas di atas kegiatan Nisa.`

Berikut dari ucapan penutup hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Bangi.



Sekian.

No comments:

Post a Comment