March 18, 2011

Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKj


Putera Jaya, 09 Rabiul Akhir = 14 Mac (Isnin):

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah merupakan acara tahunan yang diadakan oleh MPKj dan pada malam ini Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya. Hadir pada malam ini tetamu istimewa Dato` Khusrin bin Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilantik, Dato` Hasan Nawawi YDP MPKj, YB Dr. Che Rusl;I Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, YB En. Lee Kim Sin ADUN Kajang, ADUN Bangi, En. Mohd Hafiz Timbalan YDP, ahli-ahli MPKj dan kakitangan MPKj.

Dalam ucapan alu-aluan Dato` Hasan menyebut bahawa pada tahun ini 38 orang pemenang anugerah dari berbagai-bagai kategori yang pemilihan mereka dibuat oleh jabatan masing-masing. Anugerah juga disampaikan kepada mereka yang bersara dan yang meninggal dunia kepada waris mereka. Dato` Khusrin dalam ucapannya menyatakan MPKj bukan asing baginya, kerana beliau pernah berkhidmat sebagai YDP pada tahun 2004. Tapi menurutnya, pada masa itu masih di bangunan lama, bekas Pejabat Daerah Hulu Langat. Beliau bergembira usaha mengadakan bangunan baru, kini menjadi kenyataan. Beliau juga kagum dengan perkembangan yang berlaku di MPKj. Beliau juga mengucap tahniah kepada MPKj kerana berada pada kategori keempat antara PBT-PBT di Selangor dan berharap akan lebih meningkat pada masa hadapan.

Berhubung dengan kedudukan Dato` Hasan yang bakal pencen dalam masa terdekat, tetapi ditukarkan ke Jabatan Statistik, menurutnya permohonan dihantar ke atas untuk mengekalkannya di MPKj sehingga tempoh pencennya sampai, walau bagaimana terpulang kepada pihak atasan membuat keputusan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disampaiakn oleh Dato` Khusrin dan Dato` Hasan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment