January 23, 2011

Turun Mengagih Limau Sempena Tahun Baru Cina

Pekan Bangi & UpTown Jalan Reko, 16 Safar = 21 Januari (Khamis):


Meskipun Tahun Baru Cina akan jatuh pada 03 Februari, YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang mau turun lebih awal ke pasar-pasar dan pasar-pasar malam kerana bimbang tidak berkesempatan turun, kerana esok beliau akan ke Tenang, Labis, Johor bagi berkempen di sana dan akan berada di sana agak lama. Sebab itu beliau mau turun lebih awal. Hasrat ini diberitahu kepada Adun dan menjemput Adun bersama turun.

Secara kebetulan Adun juga akan ke Tenang, tetapi tidaklah lama, namun bagi penyelarasan turun padang dan bagi menjimatkan masa, tenaga dan peruntukan, maka AJK Adun setuju turun bersama, tetapi tidaklah ke semua tempat sebagaimana jadual yang disusun bagi YB Teo. Adun bersetuju turun kedua tempat sahaja, iaitu ke Pekan Bangi pada sebelah petang dan ke Up Town, Jalan Reko pada sebelah malam. Tempat-tempat lain akan diziarah kemudian.


Jam 6.00 petang kami turun termasuk Tuan Haji Shafie Ngah Ahli MPKj, saudara Abu Bakar, saudara Azizi dan di sana menunggu Tuan Haji Zakaria Ketua Kampong Pekan Bangi dan pengiring-pengiring serta saudara Ari Krishnan dan kawannya, manakala YB Teo mulai sampai dalam waktu lebih kurang sama.

Kami turun mengagih limau dan bahan bacaan Selangor Kini dan Buletin Bangi, begitu juga YB Teo yang mempunyai lebih banyak pengiring-pengiringnya mengedar limau dan risalah-risalah. Sebelum tiba ke Pekan Bangi, kami membeli limau, tetapi tidaklah sebanyak yang dibeli oleh pihak YB Teo. Kami bergerak melalui lorong berlainan dan pengagihan dapat diselesaikan hingga dilorong penghabisan. Dalam tempoh satu jam kami dapat selesaikan pengagihan.

Pada sebelah malamnya kami turun ke Up Town. Kitbaan kami jam 10.00 malam dianggap awal. Pekerja-pekerja baru memasang khemah dan pengunjung-pengujung belum ramai tiba, sebab itu pengagihan kami tangguhkan setengah jam lewat. Di sini turun secara bersama mengagihkan limau kepada siapa yang kami bersua. Pengagihan selesai satu jam berikutnya.


``Selamat Tahun Baru Cina``.

Sekian.

No comments:

Post a Comment