January 1, 2011

Pedu Bumi, Misai Kucing Dan Jarum Emas: Allah Bekalkan Penawar Di Tepian Rumah Kami

Anekdot:

Menghadiri program seperti karnival, mesra rakyat, hari terbuka dan sebagainya yang biasanya diadakan di kawasan Adun, kadang-kadang disediakan sama program `Pemeriksaan Kesihatan` yang pemeriksa-pemeriksanya dijemput dari doktor-doktor khas sama ada dari hospital kerajaan atau swasta. Pada satu hari Adun dijemput merasmikan karnival yang diadakan di pekarangan sebuah surau. Selepas perasmian, Adun antaranya dijemput melawat gerai-gerai pemeriksaan, pameran dan jualan. Bagi menunjukkan prihatin dan memeriahkan sambutan, kadang-kadang Adun turut memeriksa kesihatan `Tekanan Darah`. Pada kebiasaan pemeriksaan-pemeriksaan yang lepas selalunya OK. Tapi pemeriksaan kali ini, keputusannya `Kurang Menyenangkan. Tekanan darah adalah BP 144/81 dengan PR 68 yang disifatkan oleh Doktor Pemeriksa berada pada `border`. Keputusan itu dibekalkan kepada Adun pada kertas `Nasihat Untuk Pesakit Darah Tinggi` berwarna merah !!! Keputusan ini, walaupun dikategorikan sebagai border merisaukan Adun dan menjadikan fikiran sedikit terganggu.

~Pokok Misai Kucing~

Apabila pulang ke rumah, keputusan ini Adun beritahu kepada isteri. Bagi mempastikan keputusan, isteri membuat ujian yang alat tekanan darah memang dibeli dan isteri sering menggunakannya untuk mengawal tekanan darahnya. Keputusan ujian menunjukkan persamaan dengan apa yang diberi doktor. Beliau menasihati Adun minum air `Pedu Bumi` yang katanya banyak tumbuh di tepian rumah kami. Adun mengikutinya keluar untuk mengetahui dan mengenali tumbuhan `Pedu Bumi` itu. Beliau juga menunjukkan daun ubatan yang tumbuh di tepi rumah kami seperti misai kucing dan jarum emas. Sehelai daun pedu bumi dipetik dan direndam ke dalam air panas dan kemudian Adun minumnya yang rasanya amat pahit. Beberapa pagi air ini diminum – sehelai sehari darah yang kami periksa setiap hari selepas beberapa hari kembali normal.

~Pokok Dukung Anak (dalam pasu), Pedu Bumi (di sebelah pasu)~

Rupanya tanpa kita sedari, Allah memang bekalkan penawar-penawar penyakit di tepian rumah kami. Selama ini kami tidak sedari. Sebenarnya banyak lagi daun-daun yang lain yang tumbuh di keliling rumah yang boleh menjadi penawar penyakit seperti daun kemudu, bayam praksi, pegaga, dukung anak dan sebagainya. Bayangkan jika tanah sesempit itu – di tepian rumah tumbuh berbagai jenis tumbuhan renik yang menjadi penawar, alangkah banyaknya tumbuhan dan pokok yang menjadi penawar dan bahan ubatan-ubatan di Negara kita yang kaya dengan berbagai-bagai jenis pokok tumbuhan.

~Pokok Darah Tinggi~

~Bayam Praksi~

Berikut dari kekaguman dan kesyukuran dengan adanya penawar bagi berbagai penyakit berasaskan tumbuhan ini, Adun teringat kepada sebuah buku yang pernah Adun order `beli` dari terbitan Reader`s Digest. Buku ini berjudul `Magic And Medicine of Plants` terbitan Reader Digest 1986 reprint kelima 1990 yang Adun terima secara post order pada 28 September 1991.


Ini membuat Adun membaca dan meneliti kembali buku setebal 464 halaman yang mempunyai ratusan gambar tumbuhan-tumbuhan penawar dan ubatan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment