December 15, 2010

Masjid Taman Cheras Jaya Berkarnival Maal Hijrah 1432

Cheras Jaya, 5-6 Muharram = 11-12 Disember (Sabtu- Ahad):


Kehadiran Tahun Hijrah 1432 disambut di Masjid Manba`l-Ulum, Taman Cheras Jaya secara besar-besaran. Jawatankuasa terdiri dari Tuan Haji Azman bin Hj. Idris sebagai Pengarah yang juga selaku Nazir Masjid, Tuan Hj. Faisal bin Hj. Ghazali selaku Timbalan Pengarah Satu, En. Mat Zin bin Hussain Selaku Timbalan Pengarah Dua, Urusetia Program Tuan Haji Wan Chik bin Hj. Abdul Hamid & Hj. Mohd Razali bin Omar dan Ahli Jawatankuasa. Mereka berkerja keras bagi menjayakan Karnival.


Program dua hari ini dipenuhi hari pertama dengan pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Azan, Hafazan, Syarahan, Ratu Muslimah. Pertandingan Menghias Kek, Menyusun Bunga Tiruan, Menghias Bakul Hantaran, Gubahan Lipatan, Membuat Kuih Berasaskan Ubi, Pameran-Pameran Agensi Anti Dadah, Polis Diraja Malaysia, Penjara Malaysia, MPkj, Jabatan Agama Islam Selangor dan Keselamatan Jalan Raya.. Turut mengisi acara ialah Pertandingan Timbang Bola, Persembahan Nasyid, Marhaban & Hadrah, manakala pada sebelah malam hari pertama diadakan Forum Perdana Ma`al Hijrah.


Pada hari kedua program di isi dengan Senam Robik mulai jam 8.00 pagi yang disertai Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, diikuti dengan Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Pertandingan Explore Race, Pertandingan Menyediakan Satu Hidangan Sarapan Pagi Yang Ringkas, Sementara itu dalam Karnival ini juga disediakan Semakan & Pendaftaran Pengundi oleh SPR, Pemeriksaan Kesihatan & Gigi Percuma, Khidmat Guaman Percuma, Pameran Buku, Persembahan Kartunis Oly & Duku, Persembahan Nasyid, Marhaban & Hadrah, Gerai Jualan dan Pmeran-Pameran di atas dengan tambahan Pameran Tabung Haji dan Lembaga Zakat Selangor. Begitulah banyaknya program yang mencerminkan hebatnya sambutan yang dibuat.


Adun Bangi, selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu dijemput pada hari pertama bagi Majlis Pembukaan dan Perasmian. Hadir sama selain dari AJK ialah Y.B. Yap Lum Chin Adun Ba;lakong, Dato` Hisham Ahli MPKj dan Tuan Haji Asana. Dalam majlis ini Tuan Haji Azman selaku Pengarah memaklumkan, bahawa Karnival di Masjid Cheras Jaya ini mendapat kerjasama surau-surau di bawah Masjid Manba`il Ulum .

Menurutnya,

``Karnival ini merupakan sebahagian dari aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bagi mengimarahkan masjid, selain dari solat berjamaah, ceramah agama, aktiviti tuisyen, kelas mengaji Qur`an, aktiviti riadah dan rekreasi. Semuanya bertujuan Memasyarakatkan Masjid.


Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah di atas kegigihan AJK mengadakan Karnival yang begini besar yang semuanya berlangsung di dalam kawasan Masjid. Apa yang mengkagumkan Adun setiap lapisan masyarakat memberi sokongan dan mengambil bahagian atau sekurang-kurangnya hadir ke Majlis sebagai penyertaan. Karnival yang diadakan di dalam masa tutup Sekolah ini memberi peluang kepada anak-anak muda mengambil bahagian dan mengisi masa lapang mereka. Saya difahamkan menurut Adun, bagi kalangan anak-anak muda ditubuhkan `Kelab Remaja Masjid`. Diharap melalui kelab ini bukan saja dapat mengisi masa lapang mereka, tetapi membentuk mereka dengan syakhsiah yang baik dan terpuji. Tahniah. Adun juga kagum dengan keterlibatan wanita yang mengambil bahagian di dalam banyak pertandingan dan kegiatan. Sesungguhnya kerjasama dari semua pihak dari jamaah lelaki, perempuan dan belia-beliawanis menjadikan Karnival ini begitu berjaya. Dengan Karnival ini juga membuka peluang kepada mereka yang berminat berniaga dapat menjalankan perniagaan melalui tempat-tempat yang disediakan di dalam kawasan masjid. Yang ketara perasaan ukhuwwah dan kerjasama masyarakat di sini begitu tinggi. Adun berharap Masjid Cheras Jaya dan masyarakat di sini menjadi contoh yang baik bagi masjid-masjid dan masyarakat di tempat yang lain.


Selepas perasmian Adun di bawa melihat gerai-gerai jualan, pameran, perkhimatan di bawah-bawah khemah yang memenuhi ruang lapang masjid. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang berbagai pertandingan juga disampaikan oleh Adun.


Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Karnival Ma`al Hijrah 1432 Masjid Cheras Jaya yang Adun berpendapat terbesar dan amat berjaya.


Sekian.

No comments:

Post a Comment