November 16, 2010

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !


Dewan Negeri Selangor, 08 Zulkaedah = 15 November (Isnin):



















Y.A.B. Tan Sri Dato` Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor tengahari ini melancarkan Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat dengan merasmikan laman web bagi kempen berkenaan (www.AirUntukRakyat.net). Hadir sama Tuan Speaker, Exco-Exco dan Adun-Adun.

Risalah yang diedarkan mencatat:

Tolak ! Bil Air Naik 37%
Sokong ! 20 m3 Air Percuma
Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !

Lebih lanjut Risalah memaklumkan:

• Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
• Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
• Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Tolak Bil Air Naik 37%

Pelan Syabas

Tahun Kenaikan Tarif

2009 37 %
2012 25 %
2015 20 %

Syabas

• Laporan Audit terhadapa SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72 % kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
• RM 325 juta hilang apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.
• Pada Jun 2005 SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM327 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.
• RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubahsuai Pejabat Syabas sedangkan Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
• Setelah Kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tariff air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Sokong ! 20m3 Air Percuma

Pelan Selangor

Tahun Kenaikan Tarif

2009 12 %
2012 12 %
2015 12 %

Apakah Pelan Selangor ?

• Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
• Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat bukan syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.
• Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tariff air kerana tiada isu `kos pemindahan`.
• Penekanan terhadap integriti dan ketelusan seperti yang termaktub dalam enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.
 • Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, Kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.


















Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !

Pilihan di tangan anda.

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Mendapat Air Bersih dan Murah !

Sekian.

No comments:

Post a Comment