November 10, 2010

Kelab Didik Anjur Pertandingan Futsal Di Bangunan Futsal Baru

Kompleks Sukan, Seksyen 15 BBB, 30 Zulkaedah = 7 November (Ahad):


Pagi ini hadir ke Bangunan Futsal yang baru digunakan sejak sebulan yang lalu. Bangunan yang didirikan oleh MPKj ini terletak di Jalan Masuk Utama di Stadium Seksyen 15. Dalam bangunan tak berdinding, tapi beratap dan berjaring ini mempunyai 4 padang futsal yang boleh digunakan serentak. Tempat ini strategic dan selesa dan menarik penggemar-penggemar futsal datang bermain – sudah tentulah kena sewa secara perkiraan jam.


Adun Bangi hadir pagi ini atas jemputan Kelab Kawan Didik dari Bukit Mahkota-Seri Putera. Kelab Didik adalah ditubuh di bawah Lajnah Pendidikan Pusat yang diketuai Dato` Abu Bakar Chik – AJK Pas Pusat. Inilah kali pertama Adun masuk dan merasmikan aktiviti di sini. Kelab Didik menganjurkan pertandingan antara 2 pasukan Kelab Didik bawah 12 tahun dan dua pasukan lagi kalangan anak muda, juga dua pasukan – satu dari Bukit Mahkota melawan pasukan dari Seri Putera. Dua Pasukan ini dan Kelab Didik adalah di bawah anjuran Pusat Khidmat Pas Seri Putera-Bukit Mahkota. Pusat Khidmat menjalankan kegiatan kepada golongan muda dengan kegiatan yang sesuai dengan mereka seperti Sukan, Usrah, Kesenian dan Silat. Kegiatan di bawah Penasihatnya Ungku Faisal dan Pengarahnya Saudara Aidil.


Adun Bangi diberi penghormatan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan-pasukan yang semuanya menang – kerana tidak banyak pasukan yang bertanding – sengaja dihadkan dan juga hadiah kepada mereka yang terlibat.


Sekian.

No comments:

Post a Comment