November 3, 2010

Hari Bakat Pasti Puchong 2010

UPM, 16 Zulkaedah = 24 Oktober (Ahad):


Hari Bakat adalah merupakan acara tahunan bagi pasti seluruh Puchong. Pada tahun ini Hari Bakat diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Sambutan hari ini juga sempena 25 tahun usia Pasti Puchong. Adun Bangi diundang bagi merasmikan Hari Bakat berkenaan. Antara tamu kehormat yang hadir ialah Ustaz Sufyan Ismail YDP Pas Puchong, saudara Mohd Hamdan Roslan dan saudara Mohd Asri.

Ahli Jawatankuasa yang menjayakan Hari Bakat terdiri dari En. Mohd Rosharizan bin Mohd Roslan selaku Penaung yang beliau juga selaku Kertua Pemuda Pas Puchong, Ustaz Azani Mohamed bersama En. Syaari Jamian yang kedua-dua sebagai penasihat, En. Mohd Ashrul Hisyam bin Abdul Jalil selaku Pengarah Program. dan AJK-AJK yang lain. Menurut saudara Mohd Ashrul Hisyam selaku Pengarah,


``Hari Bakat PASTI ini diadakan bertujuan untuk mengasah bakat dan kebolehan pelajar di peringkat pra-sekolah lagi untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa akan datang.`` tambahnya, Pasti Selangor adalah Pasti yang mempunyai murid teramai di Malaysia bagi Tahun 2010 iaitu seramai 13,838 orang. Jumlah premis pasti Selangor ialah 240 dengan 10 buah adalah di Puchong. Program yang diadakan ialah seperti Pertandingan Nasyid, Azan, Khutbah, Hafazan, pidato, Bercerita dan Sajak.


Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada Pasti Puchong yang dapat mengadakan Hari Bakat pada tahun ini. Beliau berharap dengan acara-acara yang diadakan dapat mencungkil bakat anak-anak. Dengan pertandingan yang diadakan dapat memupuk semangat perlumbaan yang sihat dan memberi faedah kepada yang terlibat. Beliau mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang datang mengiringi dan memberi semangat kepada anak-nak. Ibu bapa sudah tentu bergembira melihat anak-anak yang mengambil bahagian, lebih-lebih lagi bagi yang mencapai kemenangan. Beliau juga tidak lupa berterima kasih kepada guru-guru yang memainkan peranan yang utama di dalam mendidik anak-anak. Beliau berharap anak-anak pasti akan terus berbakat, bukan saja pada peringkat Pasti, tetapi apabila mereka memasuki persekolahan nanti. Semoga dengan asuhan di dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan akhlak akan membentuk anak-anak menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Di hadapan para ibu bapa dan hadirin yang memenuhi ruang menyambut Hari Bakat, hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Bangi dan Ustaz Sufyan kepada anak-anak yang memenangi berbagai pertandingan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment