September 6, 2010

Amal Malaysia Beramal Kebajikan Di Kajang Utama

Kajang Utama 25 Ramadhan = 04 September (Sabtu):

Setiap tahun Amal Malaysia mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan. Kali ini Amal Malaysia Kawasan Serdang mengadakannya di Surau Al- Muhajirin, Kajang Utama. Fokus bantuan ialah kepada Saudara-Saudara Baru. Hadir sama meraikan Saudara Baru selain dari ADNS Bangi ialah Sdr. Mohd Adram Musa Ahli MPKj, Saudara Khairul Anwar bin Ismail Timbalan Pengarah I Amal Malaysia, Tuan Haj. Azhar bin Arshad Pengerusi Surau Al-Muhajirin, Tuan Haji Razak Timbalan Pengerusi, Saudara Safi Arshad Ketua Pengarah Penyampaian Bantuan, Ketua Helwa Ingres, Nilai, Negeri Sembilan.

Seramai 68 orang Saudara Baru dan Ibu Tunggal menerima bantuan disampaikan oleh ADNS Bangi & Ahli MPKj Sdr. Adram. Bantuan dalam bentuk wang tunai dan barangan. ADNS Bangi memuji pihak Amal Malaysia yang mengadakan Majlis Sumbangan dan iftar kepada Saudara Baru, menurutnya , ini satu cara merapatkan mereka dengan saudara seukhuwwah di dalam Islammanakala Sdr. Adram menekankan tentang kemurnian Islam yang setiap orang berbahagia menganutinya.

Menurut Sdr. Anwar ini adalah kali keenam majlis seumpama ini diadakan sejak Amal Malaysia ditubuhkan sejak 20 tahun lalu. Di samping itu banyak lagi kegiatan-kegiatan yang lain dilakukan Selain dari penyampaian kegiatan berterusan sehingga ke pagi esok. Mereka beriftar, salat fardu qiyamullai, tazkirah dan ceramah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment