August 10, 2010

Lelong Potret Tok Guru Dan Lukisan Zunar Untuk TIRAM

Stadium Melawat, Shah Alam, 26 Sya`ban = 07 Ogos (Sabtu):

Sebuah potret atau lukisan lebih menjelaskan diri dari kata-kata huraian, bahkan ianya mengatasi bahasa dan bersifat universal, tetapi ada potret atau lukisan disenangi dan ada yang ditakuti.

Pada malam pelancaran TIRAM, salah satu agenda yang disusun pada bahagian akhir ialah lelongan Potret Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu 2 jenis potret yang disenangi dan sebuah lagi lukisan kartun Zunar yang antaranya membawa elemen digeruni. Kesemua dapatan dari harga lelongan didermakan kepada TIRAM.


Lelongan bermula dengan lukisan Zunar yang menurutnya sejak 24 Jun 2010 kartun-kartunnya diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Tetapi menurut Zunar, ``Walaupun diharamkan beliau tetap akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir.`` Menurut Zunar lagi, ``Inilah sejarah terawal sebuah kerajaan mengharamkan kartun, tetapi tidak mengharamkan judi !``

Lelongan terawal ialah kartun Zunar:



Pada lukisannya terakam ungkapan:

Tun Razak Takut Komunis
(Sebab itu Tun Razak Haramkan Komunis)

Najib Razak Takut Kartunis
(Sebab itu Najib Razak Haramkan Kartunis)

Pembedaan bermula dari serendah RM500 dan meningkat hingga ke puncak RM1,500.
Pembedaan kedua Potret Tuan Guru Dato` Nik Aziz yang sedang berdoa yang diberi nama:


Doa Syahdu, Potret Tok Guru
Pembedaan juga bermula dari RM500/=dan meningkat ke kemuncak RM6,000/=
Potret Ketiga juga Potret Tok Guru yang tersenyum yang diberi judul: Seceria Suria Pagi – Potret Tok Guru.
Pembedaan juga bermula dari RM500/= dan meningkat hingga RM3,000/=.

Sekian.

No comments:

Post a Comment