July 5, 2010

Menziarah Mereka Yang Uzur

Pekan Bangi, 20 Rajab =03 Julai (Sabtu):

Rombongan Lajnah Kebajikan diketuai Haji Rushdi bin Loman dan pimpinan setempat – Haji Sukaimi, Haji Zakaria saudara Roslan dan lain-lain petang ini berkunjung ke beberapa rumah warga mas yang agak uzur - bertemu mereka, bertanya khabar dan bercakap-cakap dan menyampaikan buahtangan kepada mereka. Mereka yang dilawati ialah:

1) Puan Zaiton Binti Alias (59)


Beliau mengalami stroke dan mulai pulih dan boleh kembali bercakap, walaupun masih kelihatan uzur. Tinggal bersama keluarga. Kawasan rumah terurus dan bersih.

2) Puan Maimon Binti Othman (64)


Juga mengalami stroke sejak setahun berlalu. Agak uzur. Beliau tinggal bersama anaknya. Anaknya yang lain (pemilik rumah) datang menziarahinya dari Seksyen 8 BBB.

3) Puan Rapah Binti Kafah (90)


Sakit jantung agak lama, tapi dapat bertahan. Tinggal bersama anaknya. Dikurniai Allah ingatan yang kuat. Dapat mengenali orang yang datang yang dikenali dulu dan mengingati peristiwa-peristiwa yang lalu dengan baik. Dua kali menunaikan Haji dan baik dari segi bacaan Qur`an.

4) Dua beradik yang sama uzur


a) Puan Kamisah Binti Lasim (80)
b) En. Ishak Bin Lasim (76)

Puan Kamisah uzur tua (kakak), tapi kelihatan lebih sihat daripada adiknya yang mengalami penyakit kencing manis. Sebahagian dari jari-jari dan tapak kaki terpaksa dipotong. Lebih berada di kerusi roda. Dapat berjalan sedikit-sedikit jika bertongkat.

5) Saudara Shahrul Nizam (AJK Kebajikan)


Ziarah dilakukan pada Jumaat 2 Julai kelmarin bersama AJK Kebajikan. Saudara Sharul Nizam mengalami demam denggi yang kini dirawat di Hospital Kajang. Pada petang ziarah dilakukan keluarga dari pihak saudara Shahrul dan isterinya berada bersama menunggu di luar. Semasa lawatan ke tempatnya di dalam wad yang hanya dibenarkan secara bergilir seorang demi seorang. Shahrul Nizam kelihatan makin pulih. Didoakan beliau kembali sihat. Imsya Allah.

Sesungguhnya betapa fananya hidup kita berdepan dengan Yang Maha Kuasa, Nastaghfirullah.

No comments:

Post a Comment