July 16, 2010

Katakan Saja: Harga Minyak Dan Gula Dinaikkan !!!

BBB, 04 Syaaban = 16 Julai (Jumaat):

Rakyat biasa memang telah menjangka harga seperti gula akan naik. Kekurangan gula sudah berlaku berbulan-bulan lamanya. Sukar didapati. Kalau dapat beli hanya dihadkan kepada satu bungkus plastik sahaja. Penggunaan gula secara minimum sudah lama diamalkan. Memang gula sukar didapati.

Dari pengalaman dan pengajaran yang dialami selama ini, bila berlaku kekurangan gula – sama ada benar-benar kurang, disorot atau dikurangkan pengeluaran oleh syarikat-syarikat gula, bererti harga gula akan naik. Rakyat sudah lama berpengalaman bila berlaku `Perang Gula` antara kerajaan dan raja gula, kerajaan walaupun besar, lengkap dengan senjata, tentera, polis dan penguatkuasa, maka yang menang, ialah raja bagi syarikat gula yang senjata mereka bukan bedil dan meriam – tapi hanya sekat bekalan, maka yang di bawah akan kecoh dan letih, akhirnya kalah dan menyerah !

Demikianlah semalam, tanpa upacara perasmian, diumumkan oleh media letronik bukan sahaja harga gula naik, tapi yang mengejutkan turut sama naik ialah harga petrol.

Gula dinaikkan 25 sen se kg. menjadikan harga RM1.90 se kg.

Harga petrol dinaikkan:
Sebagaimana biasa, bagi menjustifikasikan kenaikan, berbagai istilah dan alasan yang rakyat sudah tau dan muak mendengarnya.

Yang Dinyatakan

Terbaru istilah yang digunakan:

Penyelarasan subsidi
Kurangkan perbelanjaan kerajaan sehingga sejumlah RM750 juta pada tahun ini.
Langkah kukuhkan kewangan agar diyakini pasaran dunia
Mengurangkan deficit
Elak dari berlakunya penyusupan petrol dan gula ke Negara jiran
Walaupun naik masih lebih murah dibandingkan dengan Negara-negara jiran.

Yang Tidak Dinyatakan

Bersedialah wahai rakyat sekalian dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan
Kenaikan akan berganda dan bertimpa-timpa dengan hampirnya bulan puasa dan raya
Jangan mengeluh dengan kenaikan. Gandakan dengan tulang empat keratmu untuk mencari pendapatan tambahan.
Wang simpanannu – jika ada, makin merosot harganya, kau hakikatnya semakin miskin
Pilihanraya pasti tidak diadakan sedekat masa dinaikkan harga petrol dan gula.
Mereka pasti menanti atau mencari formula baru sehingga pedihderitamu hilang dan wajah pucatmu kembali riang.
Buat masa ini manis kehidupan hilang disambar api petrol – kita terbakar dalam kenaikan semua harga barangan dan perkhidmatan. Tahanlah derita dan carilah kekuatan !

Katakan saja dengan berani tanpa mencari alasan-alasan:

"Harga Petrol dan Gula dinaikkan–ini keputusan Kerajaan"

Sekian.

No comments:

Post a Comment