July 21, 2010

Ahli-Ahli PBT Angkat Sumpah Dan Menerima Wathiqah

Dewan Jubli Perak, Shah Alam, 08 Syaaban = 20 Julai (Selasa):

Ahli-ahli Majlis PBT-PBT Kerajaan Negeri Selangor petang hari ini mengangkat sumpah dan diberi penghormatan menerima wathiqah yang disampaiakn oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri, Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan di atas bagi sesi 2010-2011 (7 Julai 2010 - 31 Disember 2011). 67% peratus daripada mereka disambung semula setelah berkhidmat bagi penggal 2008-2010 lepas.

Hadir sama di dalam majlis ialah Tuan Speaker Y.B. Tuan Teng Chang Khim, Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Y.B. Dato' Ramli Bin Mahmud Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-ahli Exco, Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Daerah, kakitangan kerajaan dan ahli-ahli PBT yang diraikan.


Dalam ucapan Y.A.B. Dato` Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada mereka yang dipilih berkhidmat pada sesi ini dan terima kasih kepada mereka yang menyempurnakan khidmat pada sesi yang lalu. Beliau maukan ahli PBT memegang prinsip 4C di dalam menjalankan perkhidmatan, iaitu:

1) Capability - Seperti berilmu, faham dengan isu dan masalah setempat, mampu menjalankan kerja dengan berkesan, peka terhadap budaya dan adat serta berbudi bahasa.
2) Capacity - Seperti pandai mengurus waktu, bijak berurusan dengan masyarakat, berkesungguhan dan menjadi pengantara yang baik antara pihak kerajaan dan rakyat.
3) Character – Seperti penampilan diri yang baik, bersifat amanah, berintegriti di mata rakyat, tidak mementingkan diri dan tidak bersifat kroni.
4) Cooperation – Mementingkan kerja secara berjamaah dan berpasukan, saling membantu. Mengambil keputusan secara bermesyuarat dan patuh pada keputusan majority yang dicapai. Menurut Dato' Menteri Besar, "Ahli Majlis bukan saja bertindak sebagai - How to be a leader, but sometimes how to be a follower."

Menurut Dato' Menteri Besar, Ahli Majlis PBT kali ini akan dinilai melalui kaedah 'Peg Integrity' yang dapat mengawal Ahli PBT dari rasuah dan menjadikan mereka sebagai role model bagi masyarakat. Perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco akan datang. Menurut Dato` Menteri Besar lagi kemungkinan diwujudkan satu 'Advisory Body' bagi Ahli Majlis juga sedang dipertimbangkan.


Sebelumnya Y.B. Ronnie Liu Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan menekankan pemilihan Ahli-ahli PBT kali ini berdasarkan latar belakang dan kemampuan ahli-ahli yang dipilih. Mereka pengantara antara kerajaan dan penduduk, sebab itu wujudkan kerjasama yang baik dengan penduduk. Mereka juga diingatkan supaya memahami polisi kerajaan negeri dan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan wakil-wakil rakyat yang mendukung Kerajaan. Menurutnya, Kita akan memperbaiki manual dan tatakerja yang boleh dijadikan panduan oleh ahli-ahli PBT yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco. Mereka diingatkan agar berusaha mendapat kepercayaan rakyat bagi mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat.


Y.B. Ronnie menekankan, pada kali ini setiap ahli Majlis PBT dibekalkan sebuah fail, mereka akan dinilaikan dari pengisian kerja dilakukan berdasarkan rekod di dalam fail yang perlu dipenuhi.


Ahli-ahli Majlis PBT sebenarnya dikehendaki hadir ke Dewan Jubli Perak sejak jam 12.00 tengahari bagi menyertai seluruh Majlis Persidangan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor bagi Penggal 2010-2011. Sebelum Majlis Puncak Mengangkat Sumpah dan Menerima Wthiqah bermula jam 3.30 petang, mereka mengikuti pembentangan kertas kerja:

Projek Pembangunan dan Pemuliharaan Sungai Klang

Kertas kerja disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Mohd. Jaafar bin Mohd. Atan Pengarah Jabatan Penerangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
Beberapa contoh pembangunan sungai dari berbagai Negara juga ditayangkan sebagai contoh dan panduan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment