May 9, 2010

Viva Palestina

Atas nama jihad
Membela Palestin
Dirompak hak
Kita gemakan pembelaan
Pada umat Palestin
Allahu Akbar !!!
Dianjung paling suci
Masjid Negeri.

Viva Palestina
Kami amat benci
Percaturan keji
Barat Zionis Yahudi
Merampas tanah
Mengasing wilayah
Tebing Barat & Ghazzah
Mencetus siri intifadah
Menentang kekejaman
Hingga syahidnya Mujahid
Syeikh Yasin dan Rintisi
Penyerang-penyerang berani mati.

Di Tebing Barat
Zionis merancang menguasai
Baitul Makdis menyeluruh
Merosakkan Masjidil Aqsa
Merancang penempatan haram
Sedang rundingan dilakukan
Tidak lebih dari helah
Untuk mereka memerintah.

Di Ghazzah
Sekatan lebih kejam
Terowong hayat disekat
Dengan benteng besi
Berkonspirasi dengan Egypt
Menyekat bantuan dan makanan
Rela melihat saudara kelaparan
Mengabai desakan kemanusiaan
Di mana PBB
Di mana mereka yang simpati
Di mana saudara seIslam
Membela umat terancam.

Viva Palestina
Terus berjuang
Dalam kepayahan
Suaramu dari kepungan
Didengar seluruh dunia
Menggerak simpati
Menyahut seruan.

Viva Palestina
Atas nama kemanusiaan
Berjuta tindak manusia
Tanpa mengira Negara
Tanpa mengira bangsa
Tanpa mengira agama
Melalui darat
Melalui udara
Melalui laut
Menghulur bantuan.

Viva Palestina
Kami yang prihatin
Bergerak berkonvoi
Simbolik saf-saf pejuang
Menentang kezaliman
Menentang perampasan
Menentang sekatan
Bebaskan Palestin
Dari penjajahan.

Viva Palestina
Allahu Akbar !!!

Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,
23 J. Akhir 1431
08 Mei, 2010

No comments:

Post a Comment