May 15, 2010

Rumah Retak Di Bukit Mewah Kajang

Soalan ADNS Bangi dan Jawapan dari Dewan Negeri Selangor (3)

Soalan: Rumah retak di jalan 20 dan 21 Bukit Mewah Kajang yang pada awalnya (1995) hanya beberapa buah kini melibatkan 20 rumah masih tidak dapat diselesaikan.
Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Seri Menteri Besaar:

a) Apakah halangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang retak itu ?
b) Mengapakah tawaran Syarikat Cekap Corporation untuk membaiki rumah-rumah retak itu tidak dapat diterima ?
c) Apakah rancangan Kerajaan bagi memulihkan perumahan retak berkenaan ?

Jawapan:

a) Halangan bagi memperbaiki rumah-rumah tersebut adalah disebabkan oleh kos pembaikan rumah termasuk cerun yang berbahaya adalah melibatkan kos yang tinggi, iaitu dianggarkan sebanyak RM4,450,000.00.
b) Syarikat Cekap Corporation Sdn. Bhd. Telah mencadangkan penubuhan Dana Bencana Alam Taman Bukit Mewah (TBM) Fasa 1 bagi tujuan pembaikan rumah, di mana wang dana tersebut diperolehi daripada cadangan projek pemaju yang dikontra iaitu:

i. Pengecualian syarat 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana di atas lot-lot 1058 & 1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.
ii. Pengecualian syarat 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana di atas lot 42149, Seksyen 9, Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat, & 1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.
iii. Pengecualian syarat 30% rumah kos rendah di atas lot 26791 (sebahagian lot 5281), Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, (Pelangi Semenyih).

Berdasarkan keputusan MMKN pada 18 Disember 2007 telah meluluskan pengecualian 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana kepada Tetuan Stand Allied Corporation Sdn. Bhd. (milik Metro Kajang) di atas lot 1058 dan 1059, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dengan dikenakan sumbangan caruman RM3,166,000.00. Maka pihak pemaju boleh meneruskan kerja-kerja pembaikan cerun dan keretakan dan Taman Bukit Mewah Fasa 1. Walau bagaimanapun pihak pemaju tersebut tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri tersebut.

C. Kerajaan Negeri telah melantik Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. Bagi menjalankan kajian semula secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca-punca kejadian tersebut dan mengemukakan cadangan pembaikan yang komprehensif, kajian ini mengambil masa selama 6 bulan dan kos kajian sebanyak RM644,908.64 akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment