May 2, 2010

Projek Di DUN Bangi Dari Mesyuarat Penuh MPKj

MPKj, 15 J. Awal = 30 April (Jumaat):

Daripada mesyuarat di atas diperturunkan beberapa maklumat berhubung dengan DUN Bangi:

1. Dari Jawatankuasa Kecil Infra-Struktur dan Lalulintas

a) Isu

Menaiktaraf jalan utama dari Taman Desa Surada hingga ke simpang Jalan Kg. Sungai Ramal Dalam kerana menjadi jalan pintas ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Keputusan

Pelan-pelan telah lengkap dan telah disiapkan oleh Jurukur dan mengikut syarat-syarat daripada Jabatan Kejuruteraan. Pihak Jurukur telah diminta untuk memberikan penerangan yang terlebih terperinci.

Tindakan

Hasil perbincangan yang telah dibuat pada 12.4.2010 mengambil keputusan bagi cadangan menaiktaraf jalan tersebut memerlukan kos yang tinggi memandangkan terdapat kes pengambilan balik tanah. Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju untuk menaiktaraf dan melebarkan persimpangan jalan Sg. Ramal Dalam – Jalan ABIM sahaja.

Komen ADNS Bangi:

Terima kasih kerana mengambil perhatian terhadap permohonan yang lama telah dibuat. Jika pembaikan jalan hanya setakat melebarkan persimpangan jalan Sg. Ramal Dalam – Jalan ABIM sahaja, tidak menyelesaikan masalah dan rungutan pengguna. Jalan terus rosak dari ABIM ke Surada.

Cadangan teruskan menaiktaraf dan melebarkan persimpangan Jalan Sg. Ramal Dalam – Jalan Abim, tetapi jalan dari ABIM ke Surada hendaklah dibaiki menurut saiz yang ada dan ditarkan.

b) Isu

Longkang yang pecah dan tersumbat yang dipenuhi dengan tumbuhan dan air bertakung di jalan 9/9 berdekatan dengan kawasan perumahan berhampiran dengan kawasan apartment

Keputusan

Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Usahawan, kawasan ini masih di bawah penyelenggaraan PKNS.
Surat juga telah dihantar kepada PKNS untuk tujuan pembersihan

Tindakan

Surat arahan kepada PKNS telah dipanjangkan pada 23.4.2010.
Merujuk kepada arahan daripada Menteri Besar Selangor semasa Majlis Dialog bersama Ahli Majlis di Hulu Selangor pada 21.4.2010, Menteri Besar mengarahkan supaya PBT melaksanakan kerja-kerja pembinaan yang gagal dilaksanakan PKNS dalam tempoh yang ditetapkan dan kos pembaikan perlu ditanggung oleh pihak PKNS.

c) Isu

Memperbaiki dan Mengubahsuai Dewan Orang Ramai di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi

Keputusan

Tujuan untuk kegunaan Majlis Perkahwinan, Persidangan, Ekspo dan umpamanya memandangkan tiada peruntukan untuk membina Dewan Sivik

Tindakan

Lawatan ke lokasi telah dibuat pada 13.4.2010 bersama Dr. Hj. Tajul Ariffin bin Nordin.
Cadangan: Perlu menyediakan spesifikasi melalui sebut harga berkenaan kerja-kerja mengecat, membekal dan memasang air-con. Sebarang ubahsuai dalaman tidak perlu dilakukan memandangkan telah memenuhi keperluan.

Padang futsal di dalam dewan, mohon dibuka memandangkan kepelbagaian fungsi dewan orang ramai tersebut. Peralatan gym ditingkat 1, perlu dialihkan untuk kegunaan Majlis Perkahwinan, Persidangan dan Ekspo.

d) Penyeleggaraan Jalan (MARRIS) 2009

  1. Kerja-kerja menurap semula jalan di sekitar taman di Jalan Bukit, Kajang dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  2. Kerja-kerja menurap jalan yang mendap di Jalan Pintar Taman Universiti dan melukis garisan jalan di Jalan 8/29, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya
  3. Kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur di Zon 8 & 9, Mukim Bandar Baru Bangi untuk Majlis Perbandaran Kajang.
  4. Kerja-kerja menurap semula jalan yang rosak dan mendap di belakang kedai No. 4, Jalan Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  5. Kerja-kerja menurap jalan di belakang Kedai Nasi Kandar, Seksyen 3, Bandar Seri Putra serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  6. Kerja-kerja menurap jalan di Kawasan Kedai Taman Bangi Permai, Pekan Bangi
  7. Kerja-kerja membina bonggol di dalam Taman Bangi Permai, Pekan Bangi dan menurap jalan rosak serta kerja-0kerja yang berkaitan dengannya.
  8. Kerja-kerja menurap jalan dan membina longkang runtuh di Jalan Bangi Indah 10, Taman Bangi Indah, Pekan Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  9. Kerja-kerja menurap jalan di lorong tepi Jalan 1/8D, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  10. Kerja-kerja menurap jalan yang rosak di Jalan Tenaga 12, Taman Tenaga, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  11. Kerja-kerja menurap jalan masuk ke Seksyen 5, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  12. Kerja-kerja menurap jalan seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  13. Kerja-kerja menurap jalan di Belakang Lot Kedai Seksayen 16, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja berkaitan dengannya.
  14. Kerja-kerja membaiki longkang dan Batu Tunam yang pecah di kawasan Pasar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  15. Kerja-kerja menurap jalan di Jalan Masuk ke Seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  16. Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan Teratai, Taman Ramal Desa, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  17. Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan Kenanga, Taman Ramal Desa, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  18. Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan Sg. Ramal Luar, Sg. Ramal Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya’
  19. Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan 2 & 4, Taman Melor, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  20. Kerja-kerja menurap jalan yang mendap di Jalan 8/31, 8/31A, 8/31B, 8/32A, 8/32B, dan 8/32C, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  21. Kerja-kerja menurap jalan di Jalan 2/1, Seksyen 2 Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  22. Kerja-kerja menampal semula jalan di Jalan 4/1, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
  23. Kerja-kerja menurap dan menampal jalan di Taman Kajang Baru dan Taman Berlian, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment