May 12, 2010

Pertanyaan dan Jawapan dari Dewan Negeri Selangor (2)

(Soalan Ahli Dewan Negeri Selangor, Bangi – Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar)

Tajuk: Flyover Dari Kajang Utama Ke Jalan Utama Bandar Baru Bangi

Menurut Syarikat Perumahan Metro Kajang pihaknya akan membina flyover bersama sebuah syarikat yang lain (sama mempunyai projek perumahan di Kajang Utama) dari kawasan perumahan yang sedang dibangunkan di atas bukit di Kajang Utama bersetentang dengan jalan masuk ke Bandar Baru Bangi di Jalan Reko.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato` Seri Menteri Besar (Pertanyaan Mulut):

a) Tidakkah sepatutnya kedua-dua syarikat ini terus membina flyover ini serentak dengan pembangunan perumahan yang sedang dijalankan ?
b) Benarkah peruntukan ini ditanggung oleh syarikat perumahan berkenaan atau sebagai promosi jualan perumahan ?
c) Apakah pihak kerajaan akan mengambil tindakan, jika cadangan sebagai publisiti menarik pembeli, tetapi flyover tidak menjadi reality ?

Jawapan:

a) Flyover telah disyaratkan kepada Tetuan Metro dan pemaju-pemaju lain yang terlibat dengan pembangunan di kawasan sekitar tersebut.
b) Kos pembinaan akan ditanggung bersama di antara Metro dan pemaju-pemaju lain.
c) Pihak Majlis akan menubuhkan Jawatankuasa Taskforce pemantauan projek dan pengumpulan dana secara perkongsian dengan pemaju-pemaju yang terlibat.

2. Tajuk: Pejabat Pentadbiran Agama Islam Hulu Langat

Pejabat Pentadbiran Islam Daerah Hulu Langat dijangka akan dipindahkan dari tempat sekarang:

Bertanya kepada Y.A.B. Dato` Seri Menteri Besar (Soalan Tulisan):

a) Di manakah lokasi baru pejabat ini ?
b) Berapakan peruntukan yang akan dikeluarkan untuk pemindahan ini ?
c) Untuk apa tapak lama akan digunakan ?

Jawapan:

a) Lokasi baru kompleks pejabat ini terletak di Lot 29995 Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.
b) Peruntukan yang akan dikeluarkan untuk pembinaan kompleks pejabat ini adalah sebanyak RM10 juta.
c) Buat masa ini belum ada perancangan lagi bagi tapak lama pejabat ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment