May 25, 2010

Kes Jenayah Di Kajang Menurun: Kes Rogol Meningkat

Pejabat Daerah Hulu Langat, 10 J. Akhir = 24 Mei (Isnin):

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Hulu Langat pada hari ini dimaklumkan oleh wakil Ketua Polis Daerah Kajang yang juga meliputi kawasan Dewan Negeri Selangor Bangi bahawa kes jenayah di dalam kawasan Kajang adalah menurun, walau bagaimana kes rogol adalah meningkat.

Statistik yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut:

Tahun Jenis Jenayah Bilangan Peratus Penurunan
Sementara kadar jenayah dari Januari 2010 hingga April 2010 juga menunjukkan penurunan dari 2,299 kes kepada 1832 kes, iaitu penurunan 20.31% (467).
Jumlah jenayah kekerasan juga menurun dari Januari hingga April 2010 dari 660 kes kepada 470, iaitu penurunan sebanyak 27.4% (181).
Jenayah harta benda juga menurun dari Januari - April 2010 daripada 1,639 kepada 1353, iaitu penurunan sebanyak 17.45% (286)

Manakala jenayah rogol pada tahun 2009 sebanyak 20 kes.
Jenayah rogol bagi tahun 2010 sebanyak 31.
Jenayah rogol meningkat sebanyak 55% (11).

Ahli mesyuarat melahirkan kebimbangan bertambahnya masalah sosial dan kerosakan akhlak di kalangan pelajar-pelajar Sekolah, khususnya yang terlebat dengan ponteng Sekolah, masalah sosial, merokok dan jenayah. Semua pihak seperti ibu bapa, guru dan orang ramai digesa sama mengambil tanggungjawab menjadi mata dan telinga bagi membendung masalah berkenaan.

Terima kasih.

1 comment:

  1. assalamualaikum dr.. boleh x dr kemukan statistik jenayah di kajang bagi tahun 2012 ye.. harap dapat bantu sebab saya sgt memerlukannya utk tujuan kajian yang sy lakukan.. harap dapat membantu :)

    ReplyDelete