May 16, 2010

GURU

Mulianya
Dia pembuka jendela minda
Dengan cahaya
Dia memandu anak kita
Memegang pena
(kini mengguna computer)
Mengajar menulis membaca
Alif ba ta
(juga a b c)
Mengira satu dua tiga.

Hormati jasanya
Dia mendorong kita jadi bijaksana
Kita mengenali alam
Kita mengenali Tuhan
Kita nikmati kasih sayang
Kita nikmati keindahan
Kita hayati kemanusiaan
Kita hayati keluhuran.

Sanjungi dia
Segala perubahan
Segala kemajuan
Segala peradaban
Dia kendalikan.

Jika kau kagumi
Seorang ilmuan
Seorang negarawan
Seorang seniman
Gurulah pencetus inspirasi
Menggeraknya mendaki.

Selamat Hari Guru
Dari muridmu.

Shafie Abu Bakar

Bandar Baru Bangi,

02 J. Akhir 1431
16 Mei 2010.

No comments:

Post a Comment