April 4, 2010

Menyampaikan Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua

Kajang, 18 R. Akhir = 03 April (Sabtu):


Hadir ke Majlis di atas jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Kajang. Turut serta hadir YB Dr Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Saudara Fadhlullah Wakil Pegawai Daerah, Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar dan En. Abu Bakar bin Abdullah Ketua Kampong Sungai Puron. En. Kamsani Pengurus SMUE memberitahu skim yang disampaikan pada hari ini adalah bagi kawasan Bangi, Kajang, Semenyih, Dusun Tua dan Titiwangsa. Bayaran yang dikeluarkan pada hari ini ialah sebanyak RM180,000 yang melibatkan seramai 120 orang. Bagi tahun 2009 Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan peruntukan bagi SKIM SMUE adalah sebanyak RM200 juta.



ADUN Bangi yang diberi amanah merasmikan majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir meraikan penerima-penerima skim. Beliau memberitahu penerima-penerima skim betapa Kerajaan Negeri Selangor prehatin terhadap rakyat. Konsep merakyatkan ekonomi bukan semata-mata slogan, tetapi dibuktikan dengan amalan sebagaimana penerima-penerima menerima skim pada hari ini. Merakyatkan ekonomi melibatkan banyak pihak termasuk anak yang lahir di Selangor, pelajar-pelajar, pekerja-pekerja dan golongan warga emas. Baru-baru ini kerajaan menambah lagi satu skim pinjaman mudah kepada mereka yang berkelayakan dengan jumlah modal sebanyak RM50 juta. ADUN menekankan kerajaan memang komited di dalam membela rakyat dan rakyat harus berterima kasih dan memberi sokongan yang pada kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Penyampaian skim dilakukan oleh ADUN Bangi dan YB Dr Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat.




Sekian.

No comments:

Post a Comment