April 15, 2010

Menghadiri Pertemuan Jalinan Kasih Di Kajang Impian, Bandar Baru Bangi

Kajang Impian 25 R. Akhir = 10 April (Sabtu):


Ahli Dewan Negeri Selangor (ADNS) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menghadiri Majlis di atas jam 9.30 malam dan beramah mesra dengan pemimpin dan penduduk setempat di kawasan perumahan baru yang dihuni sejak September 2009 bertempat di Ground Floor, Jalan 2/7, Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi, iaitu perumahan dibina PKNS secara joint venture.


~En. Mohd Faisal bin Abdul Shakor~

~Tuan Haji Mahyuddin~

Hadir bersama malam itu ialah En. Mohd Faisal bin Abdul Shakor Pengerusi JMB Badan Pengurusan Bersama, Rumah Pangsa Kajang Impian, Tuan Haji Mahyuddin Pengerusi Surau, Saudara Khairul Hafiz bin Salihin selaku Bendahari, penduduk setempat lelaki perempuan dan anak-anak berkumpul di bawah bangunan berhampar tikar berdepan dengan surau yang diberi nama Surau al-Najah. Majlis pada malam itu lebih bersifat Majlis Ramah Mesra, kerana inilah kali pertama ADNS hadir ke sini dan kali pertama bertemu dengan mereka. ADNS difahamkan terdapat 150 unit rumah di sini dan 80% daripada perumahan sudah dihuni. Pada umumnya penduduk dari kalangan orang-orang muda dan setengahnya sudah mempunyai anak-anak yang masih kecil. Mereka berusaha membina surau di bawah bangunan rumah pangsa sebagai pusat kegiatan mereka.


Sambil makan-makan ADNS Bangi diminta berucap ringkas. ADNS mengucap terima kasih kerana menjemput ADNS dan mengucap syabas kerana penduduk sudah berusaha mendirikan surau dan sudah ada Persatuan Penduduk. ADNS berharap persatuan dan juga AJK Surau bersatu misalnya berusaha dari sekarang memohon pihak berkuasa mendirikan Sekolah di lokasi yang disediakan dan mendirikan surau atau masjid secara rasmi pada tapak yang disediakan. ADNS juga berharap Persatuan Penduduk hendaklah mengadakan berbagai kegiatan bagi merapatkan hubungan antara penduduk. Penduduk memohon peruntukan dari ADNS untuk membina sebuah gelanggang badminton. ADNS menerima dari Persatuan Penduduk surat permohonan dan berharap dengan peruntukan yang dipertimbangkan nanti dapat membinanya secara gotong-royong bagi menjimatkan kos.

Sekian.

No comments:

Post a Comment