March 12, 2010

Kerajaan Selangor Prihatin Terhadap Keperluan Rumah Rakyat

Shah Alam, 25 R. Awwal = 11 Mac (Khamis):

Rumah adalah keperluan asas bagi setiap rakyat. Kerajaan Selangor berusaha memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah 'Mampu Milik' dan membantu menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh rakyat. Bagi yang kurang mampu kerajaan menyediakan rumah 'Council Homes' sebagai rumah sementara sebelum mereka mendapat rumah tetap. Rumah Council Homes adalah untuk mereka yang benar-benar daif, tetapi hendaklah menyelesaikan sewa bulanan serendah RM124.00 sebulan. Rumah Council paling banyak antaranya ialah di MPPj sejumlah 3,000 unit, MBSA 860 dan di DUN Bangi 200 unit. Tidak semua Majlis Perbandaran menyediakan rumah Council Homes. Penempatan bagi yang layak adalah sementara dan lebih bersifat transit. Namun dalam usaha memberi kemudahan kepada rakyat, tidak kurang dari masalah yang timbul dari penghuni Council Homes seperti masalah tonggakan dan masalah sosial. Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan khas untuk mengkaji masalah, brainstorming dan memberi bimbingan.


Selain daripada itu di samping menyediakan rumah Council Homes bersifat sementara, kerajaan juga berusaha mengadakan projek 'Rumah Mampu Milik' menurut kelayakan mereka. Rumah mampu milik ditakrifkan:


"Rumah mampu milik, ialah rumah di mana pembelinya mampu membayar pinjaman bagi setiap bulan tidak melebihi 30% dari gaji atau pendapatan bagi sebuah keluarga."

Pembelian melibatkan rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah atau rumah kos sederhana.

Untuk DUN Bangi, baru-baru ini pihak kerajaan telah meluluskan dasar dan perancangan rumah mampu milik di satu tapak strategik yang pembangunannya akau dilakukan dalam masa terdekat.


Sementara itu kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi menyelenggarakan bangunan, terutama rumah kos rendah dan rumah pangsa yang mengalami kerosakan. Adalah difahamkan pihak PKNS terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM20 juta, kerana membaiki kerosakan rumah PPRT akibat dari vandalizam dan salahlaku mereka yang tidak prehatin dan kurang bertanggungjawab. Oleh itu selepas YAB Tan Seri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor mengarah supaya dikeluarkan "Panduan Bagi Penghuni Rumah di Cerun Bukit`, maka pihak Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan juga akan mengeluarkan "Panduan Bagi Penghuni Rumah Pangsa." (Sumber: Stanco bagi Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan). Sekian.

No comments:

Post a Comment