February 4, 2010

Tubuh Kelab Penyokong Di Pekan Bangi

Pekan Bangi, 18 Safar = 2 Februari (Selasa):

Kelab Penyokong (Kelab Penyokong PAS), bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan ahli yang menyokong adalah ramai. Ingatkan kepada pilihanraya ke 12 (Mac 2008), penyokong-penyokong PAS adalah ramai. Di Selangor jumlah adalah puluhan ribu. Pada masa itu penyokong-penyokong terletak di bawah badan dikenali dengan Perpaduan Nasional. Secara kebetulan pada masa itu ADUN Bangi menjadi Ketua Perpaduan Nasional di Selangor. Ke mana saja kita pergi penyokong-penyokong begitu kuat memberi sokongan dari kaum India dan Cina. Di Bangi sokongan mereka adalah ketara. Antara tempat yang ketara seperti Pekan Bangi, West Country, Bukit Mewah, Jalan Reko dan Kajang Mewah. Ucapan "Makkal Sakhti" begitu popular di kalangan masyarakat India. Pendaftaran nama mereka telah dilakukan.

Namun selepas kemenangan pilihanraya agak reda, termasuk ahli-ahli Perpaduan Nasional agak lembab.

Dengan pindaan Perlembagaan PAS yang memberi hak kepada kelab-kelab penyokong PAS di bawah Perpaduan Nasional sebagai satu Dewan di bawah PAS selain daripada itu banyak urusan yang berhubung dengan Perpaduan Nasional sukar untuk disampaikan, tanpa melalui badan yang berkenaan, maka di atas Semangat Pindaan Perlembagaan yang memperuntukkan Perpaduan Nasional sebagai satu Dewan di bawah PAS maka kita adalah makin menggalakkan penubuhan kelab-kelab Penyokong PAS.


Malam ini ADUN bersama-sama seperti Sdr. Haji Mazwan Johar selaku Naib YDP, Saudara Abu Bakar AJK Mesyuarat Kawasan, Saudara Azizi juga AJK dan beberapa yang lain hadir ke rumah Puan Janet di rumah No. 100, Kampung Baru, Pekan Bangi dengan dihadiri lebih kurang 15 orang dari kalangan kaum Cina, bagi menubuhkan 'Kelab Penyokong PAS' dari kalangan orang Cina. Mereka yang hadir bersetuju melantik tiga jawatan penting iaitu:

Ketua Kelab Penyokong Bagi Kaum Cina di Bangi ialah:

Ketua Kelab: Saudari Janet

Setiausaha ialah Saudari. Ah Ling

Bendahari: Sdr. Hoh Kok Kiew

~Dari kiri: Saudara Hoh Kok Kiew, Saudari Janet dan Saudari Ah Ling~

Bagi jawatan-jawatan yang lain akan ditambah.


Badan ini bekerja dan bertanggungjawab di bawah Naib YDP Saudara Tuan Haji Mazwan Johar. Segala urusan berhubung dengan kaum Cina bolehlah berurusan melalui mereka.

No comments:

Post a Comment