February 20, 2010

Sambutan Tahun Baru Cina Di Pekan Bangi

05 Rabiul Awwal – 19 Februari (Jumaat):


Majlis ini berlangsung di Pusat Budaya komuniti Cina, Kampung Baru, Pekan Bangi anjuran Ketua Kampung Baru Encik Lau. Hadir ke majlis YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Bekas Ahli Parlimen Serdang Datuk Yap Pian Hon, En. Marzuki Ketua Kampung Bangi, pemimpin-pemimpin DAP, Pas, Keadilan dan penduduk setempat. Pada masa ADUN Bangi sampai majlis sedang berlangsung dan YB Teo sedang berucap mengalu-ngalukan kehadiran penduduk dan berterima kasih di atas jemputan. Beliau menghrapkan sokongan berterusan terhadap Pakatan Rakyat. ADUN Bangi juga dijemput berucap dan mengucap tahniah kepada En. Lau dan AJK kerana berjaya mengadakan sambutan yang begitu meriah yang dijangka berjumlah sekitar 700 orang. Menurut ADUN pembangunan begitu pesat berlaku, kalau dulu Pekan Bangi agak terpinggir, kini menjadi lokasi terpenting berhampiran Seri Putera yang mempunyai hubungan jalan raya yang baik, berhampiran dengan MOSTI dan Pusat Penyelidikan ATOM. Beliau meminta penduduk Pekan Bangi tidak ketinggalan dan dipinggirkan oleh pembangunan.





Salah satu cara ialah memberi didikan terhadap anak-anak sehingga mereka menjadi orang terpelajar. Di Kelilingi Bangi banyak pusat pengajian tinggi, pusat penyelidikan dan latihan. Jangan hanya melihat orang dari luar berlumba-lumba datang belajar di tempat kita, sedang kita tidak sama berlumba-lumba belajar. Kerajaan dan ADUN amat menggalakkan anak-anak kita belajar dengan memberi insentif kepada pelajar berjaya, memberi bantuan pelajar miskin, memberi sumbangan bagi yang masuk universiti dan menyediakan pinjaman dari Negeri Selangor kepada mereka.


Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan makan dan penyampaian ang pau oleh YB Teo dan Dr. Shafie. Suasana gembira terpancar nyata pada wajah setiap yang hadir.

No comments:

Post a Comment