January 15, 2010

Lawatan Ke Sekolah Agama Al-Hidayah West Country

West Country, Seksyen 5, B.B.Bangi, 27 Muharram = 13 Januari (Rabu):


Jam 10.00 pagi tiba ke Sekolah al-Hidayah, disambut oleh Guru Besar Ustaz Dzulkifli dan guru-guru. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sekolah berikutnya iaitu En. Othman. ADUN dibawa ke Bilik Guru Besar menunggu persiapan majlis sambil berbincang mengenai sekolah. Menurut Guru Besar:

Sekolah Agama Al-Hidayah adalah berasal dari Sekolah Rakyar yang diasaskan di Surau Al-Hidayah, sebuah Surau Kayu yang masih diguna hingga kini, bahkan di surau ini didirikan sembahyang Jumaat. Sekolah agama di surau ini ditubuhkan sejak 1990an dan mulai memiliki dua bangunan sendiri sejak awal 2000. Sekolah ini mempunyai 2 buah bangunan satu tingkat dengan mempunyai 12 buah kelas. Enam kelas pagi dan enam kelas petrang. Murid-murid semuanya berjumlah seramai 330 orang. Sekolah ini mempunyai 14 orang guru yang semuanya perempuan, kecuali Guru Besar Ustaz Dzulkifli. Sekolah ini menampung murid-murid dari lima buah sekolah rendah kebangsaan yang berada di sekeliling kawasan di sini.



Menurut Guru Besar pada tahun ini seramai 35 orang mengambil peperiksaan sekolah agama. Kelulusan yang dicapai 82.5% dengan tiga orang daripada mereka mencapai tahap mumtaz. Sekolah ini mendapat bantuan dari JAKIM dan Kerajaan Negeri Selangor, terutama dari segi guru-guru. Walau bagaimana bantuan per kapita dari Kerajaan Persekutuan (RM60/= bagi seorang murid) bagi tahun 2009 sehingga kini masih belum dihantar oleh Kerajaan Persekutuan. Setiap murid yang masuk ke sekolah dikenakan bayaran minimum, iaitu sebanyak RM15.00 sebulan. Bayaran ini digunakan untuk perjalanan sekolah, termasuk guru yang digaji oleh sekolah dan juga pentadbiran.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Sekolah En. Othman, sekolah kekurang kerusi meja untuk satu kelas, ini menyebabkan kelas kosong dan masih tidak dapat digunakan, manaka sebuah kelas lagi menggunakan kerusi lipat yang telah uzur dan kurang sesuai digunakan di dalam kelas bagi murid yang masih kecil. ADUN dibawa melawat melihat sekolah dan kelas-kelas yang masih kekurangan dari kerusi dan berjanji bagi membantu menyediakan keperluan kelengkapan sekolah berkenaan.


Sementara itu ADUN juga menyampaikan beg-beg sekolah Kerajaan Negeri kepada murid-murid yang berkelayakan.


No comments:

Post a Comment