December 24, 2009

KONVOI MESRA RAKYAT KE PANGKOR 2009


Seramai tiga puloh tiga orang belia berusia dari sembilan belas sehingga tiga puloh tiga tahun dari Kampung Sungai Tangkas, Bangi telah menyertai Konvoi Gerak Mesra Pangkor 2009. Program yang bermula dari 23 sehingga 27 Disember itu dianjurkan oleh Kelab Bermotor Teras Jernang (TJMC) mendapat tajaan dari pihak Maxoil dan ADUN Bangi.
Dr. Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi dalam ucapannya sewaktu majlis melepaskan konvoi tersebut berharap para peserta dapat memikirkan bersama perihal keselamatan semasa pergi dan balik. Beliau juga berharap pengalaman yang ditimba sewaktu konvoi nanti dapat digunakan untuk membentuk jati diri yang lebih mantap dari segi fizikal dan mental.

“Saya juga amat-amat berharap sebagai duta kecil Bangi, peserta konvoi dapat menampilkan disiplin diri yang tinggi sebagai mewakili imej belia-belia yang lain diBangi. Saya berdoa semoga semua peserta konvoi selamat pergi dan kembali,’’ ucapan Dr. Shafie mengakhiri majlis tersebut.

Sewaktu berkonvoi peserta akan mengikuti program tazkirah, solat berjemaah dan bergotong-royong membersihkan kawasan masjid di Pulau Pangkor.

No comments:

Post a Comment