November 11, 2009

Rumah Mampu Milik Di Bangi

DUN Selangor, 21 Zulkaedah = 9 November (Isnin):

YB Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan yang juga ADUN Cempaka (N 21) memberitahu ADUN Bangi, bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor akan mendirikan Rumah Pangsa Mampu Milik di atas tanah seluas 2.3 ekar milik PKNS sebelah kiri jalan dari Bandar Baru Bangi ke UKM.

Luas lantai bagi satu unit 800 kaki persegi yang dijangka berharga RM65,000. Pembinaan dijangka akan bermula pada Mei 2010. Hanya mereka yang berkelayakan sahaja dibenar membuat permohonan.

No comments:

Post a Comment